telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENGENAI DANA PERMULAAN BAGI PELAKSANAAN RUMAH PERLINDUNGAN YANG DISOKONG OLEH NGO BAGI MANGSA-MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG

KENYATAAN MEDIA 

PENGERUSI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN

ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)

Merangkap

KETUA SETIAUSAHA (KSU) KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

DATUK SERI MOHAMAD KHALID SHARIFF

Mengenai

DANA PERMULAAN BAGI PELAKSANAAN RUMAH PERLINDUNGAN YANG DISOKONG OLEH NGO BAGI MANGSA-MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG

PADA 5 MAC 2014 DI PUTRAJAYA

 

Sebagai Pengerusi MAPO dengan ini saya  mengeluarkan kenyataan berikut: 

1. ┬á ┬á ┬á ┬áSelaku Pengerusi kepada ┬áMajlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan dana permulaan (seed funding) sebanyak RM801,000 bagi pelaksanaan Projek Rintis ÔÇ£Rumah Perlindungan (RP) Yang Disokong Oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)ÔÇ£ bagi mangsa-mangsa pemerdagangan orang.

2.        Pada masa ini, terdapat enam (6) RP yang telah wartakan dan diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

3.        KPWKM merupakan agensi peneraju kepada Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan Mangsa Pemerdagangan Orang di bawah MAPO.

4. ┬á ┬á ┬á ┬áÔÇ£Rumah Perlindungan (RP) Yang Disokong Oleh NGOÔÇ£ akan ditadbir oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan ┬ádibantu sepenuhnya oleh NGO yang dilantik.

5.        Projek Rintis ini dijangka akan dilaksanakan sebelum akhir Mac 2014. 

6.        Berdasarkan kepada amalan terbaik di kebanyakan negara maju seperti Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat, aspek perlindungan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan orang diterajui oleh NGO manakala pihak kerajaan memberikan lebih tumpuan kepada aspek-aspek lain dalam membanteras jenayah tersebut merangkumi pencegahan, penguatkuasaan dan pendakwaan.

7.        Bagaimanapun, kerajaan akan terus menghulurkan bantuan dari aspek sokongan kewangan kepada pihak NGO.

8.        Saya yakin pelaksanaan RP yang disokong oleh NGO ini merupakan satu tempoh transisi yang signifikan dan negara berada di landasan yang betul bagi menggalakkan penglibatan pihak-pihak NGO di dalam melindungi mangsa-mangsa pemerdagangan orang seperti amalan terbaik yang dilaksanakan oleh negara-negara maju.

9.        Malaysia juga akan memenuhi komitmen mengenai pelaksanaan Projek Rintis ini seperti yang dinyatakan dalam pembentangan negara semasa Sesi Semakan Rekod Penggalan Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092150

moha qrcode