telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) MENGENAI HARI BERTEMU PELANGGAN 25 FEBRUARI 2014

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

MENGENAI

HARI BERTEMU PELANGGAN

25 FEBRUARI 2014

_____________________________________________________________________________________________________________

 

Salam hormat dan salam 1 Malaysia,

Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan  kementerian lebih lancar dan efisien, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada setiap hari Khamis setiap minggu bermula pada 27 Februari 2014 ini. Program yang akan melibatkan semua Bahagian dan Jabatan di bawah KDN ini akan berlangsung di Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Antara kaunter perkhidmatan utama KDN yang boleh dikunjungi orang ramai pada hari berkenaan ialah kaunter Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran.

Program ini antara lain bertujuan menyelesaikan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh orang awam dalam urusan seharian mereka yang melibatkan KDN. Pendekatan setiap minggu yang digunakan ini adalah satu lagi usaha kementerian menyediakan platform khas kepada orang awam bagi menyalurkan aduan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan KDN.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke program ini yang akan bermula pada 27 Februari 2014 (Khamis) ini. Bagi memudahkan urusan, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam dan menyemak keperluan dokumen bagi setiap urusan masing-masing melalui laman web KDN di www.moha.gov.my.

 

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092139

moha qrcode