telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Soalan Lazim Unit Komunikasi Korporat

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Pengurusan Aduan Awam.

1. Apakah aduan yang boleh diadukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

KDN boleh menyiasat aduan – aduan yang melibatkan 28 Bahagian/ Unit merangkumi:

i. Kelewatan/ Tiada Tindakan;

ii. Tindakan Tidak Adil;

iii. Kekurangan Kemudahan Awam;

iv. Kepincangan Dasar dan Kelemahan Undang-undang;

v. Salahguna Kuasa dan Penyelewengan;

vi. Salahlaku Anggota Awam;

vii. Kegagalan Mengikut Prosedur;

viii. Kegagalan Penguatkuasaan

ix. Kualiti Perkhidmatan Pelanggan Yang Tidak Memuaskan

 

2. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh, dengan kebenaran dan melampirkan sesalinan surat kebenaran daripada pengadu.

 

3. Adakah sebarang bayaran akan dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan.

 

4. Adakah setiap aduan yang diterima akan disiasat oleh KDN?

Setiap aduan yang diterima akan disiasat oleh KDN sekiranya maklumat yang

diberikan adalah jelas, berasas dan berada di bawah bidang kuasa Kementerian ini.

Walau bagaimanapun, KDN mempunyai pertimbangan untuk tidak menjalankan

siasatan bagi kes kes seperti berikut:

i. Diluar bidang kuasa KDN;

ii. Menyentuh dasar-dasar kerajaan atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa:

iii.

- Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan;

- Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC);

- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP);

- Jabatan Bantuan Guaman;

- Mahkamah

 

5. Apakah butiran yang perlu ada pada setiap aduan yang dibuat?

Setiap aduan yang dibuat perlu mengandungi maklumat yang mencukupi termasuk dokumen sokongan (sekiranya ada) bagi membolehkan KDN menilai kedudukan dan membantu KDN menjalankan siasatan. Pengadu juga perlu memberikan butiran peribadi seperti Nama, No Kad Pengenalan, Alamat Perhubungan (No Telefon dan E-mel). KDN akan merahsiakan maklumat peribadi anda sekiranya diminta untuk berbuat demikian.

 

6. Apakah yang akan berlaku kepada aduan saya?

Setiap kes yang diterima dan diproses, KDN akan menghantar Surat Akuan Terima dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

7. Berapakah tempoh masa siasatan sesuatu aduan?

Berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa, semua aduan akan di bahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu Biasa dan Kompleks. Tempoh penyelesaian aduan biasa adalah 15 Hari Bekerja, manakala aduan ketegori kompleks adalah sehingga 365 hari. Penentuan aduan kategori biasa dan kompleks adalah berdasarkan kepada butiran kes yang diterima.

 

8. Bagaimana cara saya membuat aduan

KDN telah menyediakan saluran-saluran aduan seperti berikut:

i. Laman Sesawang/ Portal Aduan: www.moha.gov.my / moha.spab.gov.my

ii. E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

iii. Telefon: 03 8880 0813 / 15

iv. Surat:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Dalam Negeri

Aras 3, Blok D9, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 WP Putrajaya

v. Hadir sendiri ke Unit Komunikasi Korporat, KDN

 

PERINGATAN

KDN boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. KDN juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/ syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan KDN.

 

Disediakan oleh:

Unit Khidmat Pelanggan dan Aduan Awam

Cawangan Perhubungan Masyarakat, Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077761

moha qrcode