phone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

  03 - 8000 8000       
  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

Soalan Lazim Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) - Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran

 Penerbitan / Percetakan Teks Al-Quran

1.  Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan Lesen?
 

 

Jawapan :

Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).

2.  Apakah prosedur untuk memohon lesen mencetak/ menerbit teks al-Quran.
 

 

Jawapan :

Permohonan boleh dilakukan melalui SISTEM UPQ. Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat-maklumat/dokumen berkaitan. Sertakan maklumat-maklumat/dokumen berkaitan:-

  1. Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah
  2. Salinan Surat Pendaftaran
  3. Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi
  4. Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran - Borang A (1)
  5. Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
  6. Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang kelulusan pakar dalam bidang : Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz - Pengajian Syariah
  7. Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
  8. Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
  9. Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)
3.  Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki lesen mencetak/menerbit teks al-Quran.
 

 

Jawapan :

Tuan boleh merujuk kepada Senarai Kelulusan Lesen Mencetak al-quran yang telah diberi kelulusan lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.

4.  Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia?
 

 

Jawapan :

Rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani mengikut Standard dan perakuan Lembaga.

5.  Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks al- Quran?
 

 

Jawapan :

Setiap teks al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran (Lajnah Tasheh Al-Quran KDN) dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.

Permit Penerbitan

1.  Apakah penerbitan yang memerlukan permit?
 

 

Jawapan :

Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984:-

  1. Permit Penerbitan (Malaysia) Seksyen 6 (1) (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang dicetak dan diterbitkan di Malaysia.
  2. Permit Penerbitan (Singapura) Seksyen 6 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang diterbit dan dicetak di Singapura untuk  dibenarkan diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.
2.  Berapakah kadar bayaran sesuatu permit dan bagaimana kaedah pembayarannya?
 

 

Jawapan :

Bayaran boleh dibuat melalui bank draf berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut:

  1.  Harian - RM 3,000.00
  2.  5 atau 6 kali seminggu - RM 2,000.00
  3.  2 atau 3 atau 4 kali seminggu - RM 1,000.00
  4.  Mingguan - RM 800.00
  5.  2 atau 3 kali sebulan - RM 500.00
  6.  Bulanan - RM 400.00
  7.  1 hingga 11 kali setahun - RM 300.00
  8.  Surat Berita - RM 50.00
3.  Bagaimanakah sekiranya nama Pemohon / Ketua Pengarang bagi penerbitan Singapura berbeza dengan nama dalam MICA?
 

 

Jawapan :

Pihak penerbit Singapura perlu mengemukakan surat pengesahan bahawa nama Pemohon / Ketua pengarang adalah berbeza di butiran MICA yang masih berkuat kuasa.

4.  Apakah penerbitan yang dikecualikan daripada permit?
 

 

Jawapan :

Terdapat 3 jenis penerbitan yang dikecualikan:-

  1.  Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
  2.  Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun di bawah Seksyen 25 (1); atau
  3.  Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25 (2).
5.  Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan?
 

 

Jawapan :

Tempoh kelulusan bagi sesuatu permohonan bergantung pada jenis permohonan seperti berikut:-

  1. Bagi Permohonan Baharu mengambil masa 30 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  2. Bagi Permohonan Pertukaran mengambil masa 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

 Lesen Mesin Cetak

1.  Berapa lamakah tempoh masa bagi sesuatu permohonan Lesen Mesin Cetak itu dapat diluluskan?
 

 

Jawapan :

Piagam Pelanggan bagi tempoh masa bagi sesuatu permohonan itu bergantung pada jenis permohonan:-

  1. Bagi Permohonan Baharu mengambil masa 30 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima,
  2. Bagi Permohonan Pertukaran mengambil masa 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
2.  Bolehkah pemohon Lesen Mesin Cetak merupakan pegawai/kakitangan syarikat tersebut?
 

 

Jawapan :

  1. Bagi kategori syarikat, pemohon mestilah salah seorang daripada ahli lembaga pengarah yang terdapat dalam borang 49 yang terkini dan berstatus warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Bagi kategori perniagaan tunggal/perkongsian pemohon mestilah salah seorang pemilik /rakan kongsi yang terdapat dalam borang D, Maklumat Pemilik Masa Kini dan Maklumat Perniagaan yang berstatus warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  3. Bagi pertubuhan/persatuan/kesatuan/koperasi atau institusi percetakan, pemohon mestilah terdiri daripada pemegang jawatan tertinggi dalam organisasi tersebut yang berstatus warganegara dan bermastautin di Malaysia.
3.  Adakah KDN menetapkan syarat bahawa hanya syarikat yang berstatus bumiputera atau memiliki saham majoriti di pegang oleh bumiputra sahaja dibenarkan memohon Lesen Mesin Cetak?
 

 

Jawapan :

KDN tidak menetapkan syarat sedemikian. Semua pemohon yang layak dan memenuhi syarat boleh memohon Lesen Mesin Cetak.

4.  Bolehkah sebuah syarikat milik warganegara Singapura memohon untuk mendapatkan Lesen Mesin Cetak?
 

 

Jawapan :

Tidak Boleh. Walau bagaimana pun sekiranya syarikat tersebut mempunyai Ahli Lembaga Pengarah atau rakan kongsi yang terdiri daripada warganegara dan bermastautin di Malaysia, ia adalah dibenarkan.

5.  Bolehkan bahan-bahan terbitan luar untuk edaran luar negara dicetak di Malaysia?
 

 

Jawapan :

Boleh. Namun begitu, syarikat percetakan tersebut mesti mendapatkan Lesen Mesin Cetak yang sah dari KDN dan bahan-bahan yang dicetak mestilah menepati Akta Mesin Cetak Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 serta syarat-syarat dan garis panduan penerbitan.

Perlukah perubahan kepada pemegang saham syarikat dbuat permohonan kepada KDN?
 

 

Jawapan :

Perlu. Ini kerana sebarang perubahan atau pertukaran kepada pemegang saham syarikat akan menyebabkan perubahan atau pertukaran kepada senarai Ahli Lembaga Pengarah.

7.  Perlukah perubahan kepada mesin cetak dibuat permohonan kepada KDN?
 

 

Jawapan :

Perlu. Ini kerana sebarang perubahan atau pertukaran kepada mesin cetak syarikat akan menyebabkan perubahan atau pertukaran kepada senarai mesin cetak yang sedia ada seperti termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Mesin Cetak Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

8.  Bagaimana membuat bayaran?
 

 

Jawapan :

Bayaran boleh dibuat melalui Wang Pos atau Bank Draf atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebaik sahaja surat kelulusan dan minta bayaran dikeluarkan kepada pemohon.

9.  Perlukah bagi syarikat yang sama memohon lesen percetakan sekiranya membuka premis percetakan yang berbeza?
 

 

Jawapan :

Dalam keadaan:

a. Bagi premis yang bersebelahan/sederet dan tiada pemisah dengan premis asal permohonan ini dikategorikan sebagai tambah alamat.

  • Syarikat tersebut perlu membuat permohonan tambah alamat dan perlu mendapatkan ulasan sokongan dari JKKP dan PBT semula.

b. Bagi premis yang bukan bersebelahan dengan premis asal dikategorikan sebagai premis cawangan.

  • Syarikat tersebut perlu membuat permohonan seperti permohonan baharu dan lesen baharu dikeluarkan untuk cawangan tersebut. Walaubagaimanapun, kadar bayaran yang dikenakan untuk lesen tersebut berjumlah RM 300.00 sahaja.(cawangan)
10. 

Hubungi kami.

 

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 5 & 6, Blok D1, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya.

Tel :- 

  1. Kawalan Teks Al-Quran/Hadith - 03-8886 8573/8253

  2. Lesen Mesin Cetak / Permit Penerbitan - 03-8886 8416/3909

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 24 November 2022.
Visitor Count : 834988

moha qrcode