telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PDRM Diarah Sekat Pesta Arak - Ahmad Zahid

BEIJING, 26 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dirancang diadakan pada hujung bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

"Itu polis punya kuasa, saya sudah arah halangnya," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau di China, di sini, hari ini ketika diminta mengulas perkembangan isu pesta arak itu.

 

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya.

 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk membenarkan penganjuran pesta arak itu dengan syarat peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan dipatuhi penganjur.

 

Pada 18 Sept lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta arak itu di ibu negara.

 

Mengulas lanjut, Muhamad Fuzi berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap penganjuran pesta arak itu atas faktor kepentingan keselamatan umum.

 

Malah beliau mengesahkan polis mendapat maklumat terdapat pergerakan pihak luar yang merancang untuk melancarkan serangan ke atas pesta arak itu.

 

"Kami tidak akan kompromi kerana ancaman itu adalah benar," katanya sambil menambah terdapat 26 badan bukan kerajaan telah menghantar bantahan kepada Sultan Selangor berkaitan pesta itu.

 

-- BERNAMA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089034

moha qrcode