telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

ASEAN Terima Baik Cadangan Malaysia Tangani Isu Jenayah Rentas Sempadan

MANILA, 20 Sept (Bernama) -- Suara Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN terus dihormati apabila beberapa cadangan baharu yang dikemukakan oleh negara pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-11 di sini diperakukan oleh para pemimpin dan delegasi negara anggota.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selaku bekas Pengerusi AMMTC ke-10 bermula 2015 sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Filipina hari ini, Malaysia terus aktif memberi sumbangan bermakna yang mendapat sokongan dan penghargaan dari negara-negara ASEAN yang menghadiri mesyuarat itu.

Malaysia mengemukakan empat cadangan dalam memerangi pengganas jenayah rentas sempadan pada sesi plenari AMMTC ke-11 iaitu membabitkan usaha bersepadu ASEAN dalam bidang keganasan; pemerdagangan manusia; penyeludupan manusia; dan pengubahan wang haram, katanya kepada media Malaysia berhubung hasil keputusan dan perbincangan bersama-sama pemimpin ASEAN pada AMMTC ke-11.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Filipina semalam bagi mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dwitahunan itu yang pembukaannya berlangsung di sini hari ini.

ASEAN dianggotai oleh 10 negara berjiran di rantau ini iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Timbalan perdana menteri berkata Malaysia akan melaksanakan keempat-empat cadangan itu yang mampu dicontohi oleh negara ASEAN lain dan malahan terdapat beberapa tindakan turut memerlukan kerjasama dan penyertaan negara jiran.

Beliau berkata dalam mencapai cadangan mewujudkan usaha bersepadu sesama ASEAN, Malaysia akan menganjurkan siri kedua Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya yang bukan sahaja membabitkan penyertaan semua negara ASEAN tetapi negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Timur Tengah.

"Sidang Dialog antarabangsa itu yang akan dianjurkan bersama sebuah NGO (badan bukan kerajaan) dari Arab Saudi iaitu Rabitah Al-Alam Al-Islam juga bertujuan untuk memperbetulkan salah faham dunia kepada Islam hingga berlaku Islamophobia yang tidak menguntungkan sesiapa," katanya merujuk kepada penganjuran dialog itu pada 4 hingga 6 Jan 2018.

Siri pertama dialog antarabangsa itu berlangsung tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata pada AMMTC kali ini, Malaysia juga meminta negara ASEAN untuk memberikan kerjasama dalam usaha menangani isu pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang kini mendapat perhatian utama antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia kini gigih untuk menangani masalah pemerdagangan manusia dan berdasarkan Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat, penarafan Malaysia yang kini pada peringkat TIER 2, boleh dipertingkatkan kepada TIER 1 pada tahun 2020.

"Sasaran TIER 1 mampu dicapai menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang bermula 2016 hingga 2020.

"Pelan ini adalah kesinambungan pelan sama bagi tempoh 2010 hingga 2015 yang menyediakan hala tuju dan panduan untuk kementerian serta agensi terbabit bekerjasama secara bersepadu dan menyeluruh di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan," katanya.

Sementara itu, esok akan berlangsung acara utama AMMTC iaitu Mesyuarat Khas Kedua Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Radikalisasi dan Eksterisme Ganas (SAMMRRVE) yang menyediakan paltform bagi negara anggota ASEAN bertukar-tukar pengalaman, pendapat dan idea mengenai amalan terbaik dalam menangani isu radikalisasi dan ekstremisme ganas.

-- BERNAMA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091359

moha qrcode