telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Lawatan KSU KDN ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin,Gemas, Negeri Sembilan

YBhg Dato Sri Alwi bin Hj Ibrahim KSU KDN hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin,Gemas, Negeri Sembilan.

 

Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas ini adalah merupakan salah satu Program NBOS Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

 

Program ini merupakan langkah bijak kerajaan bagi menjimatkan wang untuk kos pembinaan penjara dan kos penyelenggaraan kem. Melalui program ini juga, Orang Yang Diselia(ODS) yang ditempatkan di pusat ini turut didedahkan dengan projek-projek khusus agar mereka dapat berinteraksi dan kembali kepada masyarakat dengan lebih berkeyakinan.

 

YBhg Dato' KSU KDN dan delegasi dipersembahkan dengan persembahan kawad senyap oleh ODS sebaik tiba. Seterusnya beliau diberikan taklimat ringkas mengenai pusat pemulihan tersebut.

 

Beliau dan delegasi kemudiannya dibawa melihat projek-projek yang dilaksanakan oleh ODS seperti penternakan ikan keli, penternakan ayam, penanaman nenas dan pembuatan minuman roselle serta sos halia.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091300

moha qrcode