telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM Zahid

PUTRAJAYA: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian tertakluk di bawah akta itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri memandangkan hal-hal berkaitan agama dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Agama Islam terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kita perlu menghormati perkara itu, jadi sebab itu kita perlu ada mesyuarat koordinasi dan bekerjasama rapat. Kami juga tidak berniat mengambil alih kuasa kerajaan negeri,


"Demi kepentingan bersama, saya berharap mereka (kerajaan negeri) bersetuju," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempegerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz di sini, hari ini.

 

Cadangan itu merupakan antara langkah proaktif yang dikemukakan dalam mencari jalan terhadap isu-isu berkaitan sekolah tahfiz termasuk isu keselamatan.

Pindaan itu juga membolehkan kerajaan Persekutuan untuk menyelaras pentadbiran dan memberi bantuan kewangan kepada sekolah terbabit.

Tambahnya mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penyelarasan bersifat kekal bagi memantau pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR), maahad tahfiz dan pondok agama di seluruh negara.

Ketika ini terdapat 940 maahad tahfiz swasta dengan lebih 150,000 pelajar berdaftar dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia namun hanya 612 yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan.

"Ini bermakna 321 maahad tahfiz tidak berdaftar atas alasan khuatir kononnya kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan mahu ambil alih (pusat) tahfiz mereka," tambahnya.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1091550

moha qrcode