telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KDN Capai 90 Peratus KPI Dalam Enam Bulan Pertama 2017 - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mencapai 90 peratus daripada 38 Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI) hanya dalam enam bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata angka itu melepasi sasaran sebenar 69 peratus yang sepatutnya dicapai dalam tempoh tersebut daripada KPI keseluruhan sebanyak 138 peratus.

"Semangat kerja berpasukan menjadi budaya di KDN serta jabatan dan agensi di bawahnya yang membawa kepada kejayaan ini," katanya pada perhimpunan bulanan KDN, di sini Isnin.

Ahmad Zahid berkata antara kejayaan luar biasa yang dicapai ialah melalui Jabatan Imigresen iaitu kelulusan Pas Penggajian dalam tempoh lima hari bekerja mencapai 207 peratus dan pembaharuan pasport secara dalam talian dalam tempoh sejam mencapai 143 peratus.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula berjaya mencapai KPI 100 peratus dalam pengurangan indeks jenayah bagi setiap 100,000 penduduk tempatan dan asing serta indeks penglibatan komuniti sebanyak 82 peratus, katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Program Pemerkasaan Komuniti Kawasan Berisiko oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula mencapai KPI 128 peratus, manakala penguatkuasaan AADK ke atas Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah pula mencapai 133 peratus.

Katanya Jabatan Pendaftaran Negara pula berjaya mencapai KPI 143 peratus dalam proses pengeluaran MyKid dalam tempoh 24 jam, manakala Lembaga Penapisan Filem pula mencapai KPI 182 peratus dalam mengeluarkan keputusan tapisan filem panggung dalam tempoh lima hari.

"Saya juga merakamkan syabas dan tahniah kepada bahagian-bahagian yang melepasi sasaran 70 hingga 600 peratus seperti audit dalaman yang sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam pertandingan yang sihat demi memartabatkan KDN sebagai sebuah kementerian yang sentiasa mendahului," katanya.

Beliau turut memuji keberkasanan program pemulihan banduan oleh Jabatan Penjara seperti Program Rehabilitasi Komuniti (CRP) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya CRP yang merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dimasukkan dalam buku terbaharu penulis terkenal W. Chan Kim dan Ren Mauborgne, Blue Ocean Strategy Shift, yang akan dilancarkan pada September ini.

Ahmad Zahid berkata dalam buku tersebut, kedua-dua penulis membuat perbandingan kejayaan CRP apabila hanya 0.04 peratus banduan melakukan jenayah berulang berbanding penjara di California, Amerika Syarikat yang mencatat kadar banduan berulang sebanyak 68 peratus.

"Selain itu, daripada 17,081 banduan yang diparol sejak 2008 hingga Jun 2017, hanya 75 orang yang terjebak semula sebagai banduan berulang iaitu 0.04 peratus," katanya.

Beliau berkata penjara bukan tempat untuk menghukum tetapi tempat untuk melakukan pemulihan supaya mereka mudah untuk berasimilasi dalam masyarakat serta menjadi aset dan bukannya liabiliti kepada negara.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan Jurnal Koreksional Malaysia yang merupakan terbitan tahunan Jabatan Penjara untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan berkaitan bidang kaunseling, kriminologi, psikologi, komunikasi, pendidikan dan sains sosial.

-- BERNAMA 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089603

moha qrcode