telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan Peringkat Negeri Kelantan

Kota Bharu, 4 Jun 2017 – Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan meneruskan jelajah iftar ke negeri Kelantan hari ini. Kelantan merupakan destinasi keenam selepas Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang.

 

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid Mahmudi, Bachok, Kelantan. YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang anak-anak yatim.

 

Rombongan YAB Timbalan Perdana Menteri kemudiannya bergerak ke Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Jalan Kubang Kerian, Kota Bharu untuk solat Isyak, solat terawih dan moreh bersama jemaah.

 

Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini telah dihadiri kira-kira 1,200 tetamu yang terdiri daripada pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat Jabatan dan Agensi di bawah KDN termasuk orang awam.

 

Turut hadir ialah YB Dato' Sri Mustafa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg Dato' Awang Adek, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Dato’ Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Wakil Ketua Polis Negara Dato' Tajudin Md Isa, Pemangku Ketua Polis Negeri Kelantan YDH Tuan Haji Din bin Ahmad, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN, pegawai kanan KDN dan anggota serta keluarga.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089242

moha qrcode