telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Pelancaran dan Pelaksanaan Penggunaan Kad Senjata di Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan Kad Senjata yang digunakan sebagai pelengkap kepada buku senjata yang sedia ada.

 

Inisiatif memperkenalkan kad senjata ini adalah cetusan idea YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang melihat perlunya transformasi dengan menggunakan teknologi terkini dan penambahbaikan ke atas buku senjata bagi memudahkan pengenalan pemilik lesen dan permit senjata api.

 

Pelaksanaan kad senjata ini membolehkan pelesen-pelesen dan pemilik permit senjata api memperkenalkan identiti mereka dengan lebih mudah dan senang dibawa. Kad ini memiliki beberapa ciri-ciri keselamatan seperti (1) Tandatangan Ketua Polis Negara (2) Gambar pemilik (3) No. MyKad Pemilik (4) Kategori lesen/permit dan (5) Maklumat senjata api. Kad ini akan mula dikeluarkan oleh PDRM mulai 1 Jun 2017 semasa pembaharuan lesen senjata api untuk tahun 2017 dan untuk tahun-tahun berikutnya.. Pelaksanaan kad ini juga akan menjadi penambahbaikan kepada sistem buku lesen (secara manual) ketika ini terutama dari segi pengemaskinian statistik pemilikan lesen senjata dan penyalahgunaan senjata.

 

Dengan pengenalan kad senjata ini, semua pemilik senjata api di Negara ini perlu memiliki kad senjata seperti yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Senjata (Pindaan) 2016 dan Peraturan-Peraturan Senjata (Pindaan Jadual Kedua) bagi memudahkan sistem pengurusan dan pemantauan oleh PDRM. ​

 

Permohonan kad senjata boleh dilakukan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Malaysia di mana lesen didaftarkan, dengan mengisi Borang 3A (Permohonan Kad Senjata) semasa permohonan pembaharuan lesen senjata api dilakukan.

 

Borang tersebut juga boleh dimuat turun melalui laman web PDRM www.rmp.gov.my/pelesenan.

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai urusan permohonan kad senjata bolehlah berhubung terus dengan alamat seperti berikut:-

 

Ketua Polis Negara

Cawangan Pelesenan Senjatapi

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,

Bukit Aman 50560

KUALA LUMPUR

No.Tel: 03-22661043

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092410

moha qrcode