telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 Kementerian Dalam Negeri.

Putrajaya, 2 Mac 2017 – Seramai 357 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri di Auditorium, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya hari ini.

 

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga Kementerian Dalam Negeri yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2016.

 

Secara keseluruhannya, seramai 357 pegawai dan kakitangan menerima anugerah APC tahun 2016 yang terdiri daripada 152 orang pegawai dan kakitangan warga Kementerian Dalam Negeri. Seramai 205 orang lagi penerima adalah merupakan sebahagian daripada penerima yang mewakili 10 Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk seorang penerima yang berkelainan upaya dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) iaitu Encik Firdaus bin Warni.

 

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan berharap agar semua pegawai dan kakitangan KDN terus mempertingkatkan lagi usaha, prestasi kerja dan mutu penyampaian perkhidmatan di KDN.

 

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, pegawai kanan serta warga Kementerian Dalam Negeri.

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092411

moha qrcode