telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Lawatan Tapak dan Turun Padang KSU KDN ke projek pembangunan KDN di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam

20 JANUARI 2017, SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) YBhg. Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan tapak dan turun padang ke projek pembangunan KDN di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

 

Setibanya beliau di IPK Selangor, beliau telah diberi taklimat mengenai status terkini kerja-kerja pembaikan bangunan di IPD Shah Alam dan pembaikan cerun IPK Selangor.

Beliau kemudiannya di bawa melihat sendiri kerja-kerja pembaikan cerun tanah dan kerja-kerja pembaikan bangunan tersebut.

 

Turut serta dalam lawatan tapak ini ialah YBhg. Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KDN, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, YDH. Dato' Ahmad Fuad Abdul Latif, Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, pegawai JKR, pegawai KDN dan pegawai PDRM dari IPK Selangor serta IPD Shah Alam.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092423

moha qrcode