telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Lawatan Kerja YBhg Dato' Sri KSU ke Pusat Koreksional Kamunting dan tapak Pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters Imigresen

 

12 November 2016: YBhg Dato' Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke Taiping Perak dan Juru Pulau Pinang. Beliau memulakan lawatan kerjanya dengan melawat ke Pusat Koreksional Kamunting bagi meninjau kerja-kerja menaiktaraf dan membaik pulih kuarters Pusat Koreksional dan Pusat Tahanan disini. Sejurus selesai melawat Pusat Koreksional Kamunting Taiping Perak, beliau mengadakan lawatan ke tapak Pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters Jabatan Imigresen Malaysia, Juru Pulau Pinang. Pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters ini akan bermula pada penghujung tahun ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2020.

 

Selesai lawatan ke tapak pembinaan tersebut YBhg . Dato' Sri Alwi turut meluangkan masa melawat Kompleks Penjara Seberang Perai Pulau Pinang yang bersebelahan.

 

Turut mengiringi beliau dalam lawatan kerja ini adalah Bhg. Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), YBhg. Dato' Abdul Halim bin Abdul Rahman,Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg. Dato' Muhamad Sade bin Mohamad Amin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, YBrs. Tn Che Murad bin Ramjan, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN serta pegawai-pegawai KDN, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092487

moha qrcode