telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Malaysia Tekad Capai Tahap Satu Senarai Pemantauan AS

LONDON, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (ASEANAPOL) dan pertukaran maklumat perisikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

"Kita telah mencapai Tahap Dua selama dua tahun berturut-turut, menjelang tahun 2020 kita nak mencapai Tahap Satu," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia, di sini Isnin.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysa di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Ahmad Zahid, yang berada di sini bagi lawatan kerja lima hari berkata beliau akan turut membincangkan mengenai isu ini dalam pertemuannya dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd, yang dijadualkan Rabu.

Peningkatan Malaysia ke Tahap Satu boleh mempercepatkan kelulusan permohonan Malaysia untuk pengecualian visa dari AS untuk rakyat Malaysia ke negara itu.

Timbalan perdana menteri berkata Malaysia sebelum ini berdepan masalah untuk meningkatkan bilangan mereka yang dihadapkan ke pengadilan kerana tidak ramai yang boleh menjadi saksi untuk memperkukuhkan bukti bagi sabitan.

"Masalah yang dihadapi pihak pendakwa raya dalam menangani kes-kes pemerdagangan manusia ialah mendapat saksi penting hadir di mahkamah.

"Ini berkait rapat dengan kewujudan jaringan sindiket pemerdangan manusia global," katanya.

Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihak AS mendapati walaupun tangkapan Malaysia terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan ini telah meningkat kepada lebih 100 orang, namun bilangan mereka yang dituduh dan disabitkan di mahkamah masih kecil.

Justeru, katanya, Malaysia dianggap sebagai tidak begitu serius untuk menangani perkara ini.

Oleh itu, katanya, perbincangan telah dibuat dengan pihak Pejabat Peguam Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan bilangan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang terbabit dalam kes isu pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, pada masa ini, lebih 30 orang telah didakwa di mahkamah dan lebih 50 orang lagi dijangka dihadapkan ke muka pengadilan tahun depan termasuk 10 orang yang akan diektradisi dari Thailand, kerana terlibat dalam kes pengebumian beramai-ramai mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis, pertengahan tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata United Kingdom dan Malaysia mempunyai kepentingan bersama dalam isu pemerdangan manusia yang juga diistilahkan sebagai perhambaan moden.

Ini jelas semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May semasa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York baru-baru ini.

Usaha lebih menyeluruh, katanya, harus dilakukan bagi menangani isu itu terutamanya apabila beberapa usaha yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) bagi menangani masalah ini menemui jalan buntu.

Isu perhambaan moden ini, katanya, adalah penting bukan sahaja di Eropah malah di rantau ASEAN terutamanya Malaysia yang menjadi antara tumpuan pekerja asing untuk mencari mencari peluang kerja.

Ahmad Zahid memulakan lawatan dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Digital Barriers hari ini, sebuah syarikat peneraju pasaran peralatan dan perisian keselamatan serta risikan global.

Beliau kemudian melawat Penjara Belmarsh di sini dan akan menghadiri jamuan malam bersama peneraju industri United Kingdom.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1299906

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092395

moha qrcode