telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Malaysia gesa UNHCR selesai isu penempatan semula pelarian

New York, 20 September 2016

 

Isu penempatan semula pelarian ke negara-negara ketiga perlu diselesaikan dengan segera oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), tegas Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa Mesyuarat Tertinggi Menangani Pergerakan Besar-Besaran Pelarian dan Migran di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-71.

 

Beliau berkata sehingga 31 Julai lalu, Malaysia menempatkan 151,596 pelarian yang terdiri daripada pencari suaka dan pelarian dari 54 negara.

 

Statistik UNHCR menunjukkan kira-kira 141,570 daripada jumlah keseluruhan pelarian dan pencari suaka di Malaysia adalah warga Myanmar dengan anggaran 49,800 etnik Chin, 45,170 Rohingya, 12,340 Muslim, 7,320 Rakhine dan Arakan serta lain-lain etnik. Angka selebihnya melibatkan Sri Langka (3,970), Pakistan (1,200), Somalia (1,100), Syria (960), Iraq (850), Iran (550), Palestin (430) dan lain-lain.

 

"Pada masa yang sama Malaysia telah mencadangkan penubuhan Pasukan Petugas Bersama (JTF) antara Malaysia dan UNHCR dalam urusan pendaftaran dan pengeluaran kad status pelarian UNHCR yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan, namun penentuan status pelarian masih atas budi bicara pihak UNHCR", kata beliau lagi.

 

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengulas kesediaan Malaysia menerima seramai 421 migran Syria menjelang hujung tahun 2016 demi memenuhi komitmen antarabangsa setelah berjaya menempatkan seramai 79 migran Syria pada Mei 2016.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099667

moha qrcode