telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Malaysia hadir sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sempena lawatan kerja ke New York sehingga 25 September 2016.  
 
Acara kemuncak lawatan berkenaan antara lain adalah Timbalan Perdana Menteri akan menyampaikan Kenyataan Negara semasa sesi Debat Umum, menyertai Mesyuarat peringkat Tinggi Menangani Penghijrahan Pelarian dan Migran Berskala Besar serta Mesyuarat peringkat Tinggi  mengenai Situasi di Syria dalam Majlis Keselamatan PBB.
 
Sebelum ini Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri telah mempengerusikan Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu (UNSC) bertajuk ‘Challenges in addressing the proliferation of weapons of mass destruction and their means of delivery, related materials, equipment and technology to non state actors’ pada 23 Ogos 2016.
 
Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya di luar UNGA dalam membincangkan perkara mengenai kepentingan bersama.
 
Lawatan ini merupakan penampilan sulung Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ketua delegasi Malaysia di UNGA dan lawatan keempat beliau ke Amerika Syarikat sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai tahun 2015.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099657

moha qrcode