telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Thailand Setuju Ekstradisi 10 Dalang

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Thailand bersetuju untuk mengekstradisi 10 warganya yang disyaki sebagai dalang kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia - Thailand berdasarkan kes penemuan kubur besar warga asing di Wang Kelian, Perlis pada Mei tahun lalu.
 
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam siding akhbar sempena Mesyuarat Dua Hala Malaysia - Thailand menegaskan bahawa nama 10 individu yang telah dikenal pasti dan berusia antara 35 hingga 60 tahun telah diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand. 
 
Kerajaan Thailand yang diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan menyatakan komitmen sedemikian di mesyuarat yang diadakan pada 29 Ogos 2016 bertempat di Putrajaya sempena lawatan kerja sehari di Malaysia.
 
Agenda lain yang turut dibincangkan adalah mengenai kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk mengenal pasti rakyat mereka yang mempunyai dwi kewarganegaraan bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan isu keselamatan.
 
Kedua pihak secara prinsipnya bersetuju memuktamadkan beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang Pertukaran Antarabangsa Banduan, Kerjasama Membanteras Jenayah Rentas Sempadan dan Kerjasama Imigresen. Di samping itu, Malaysia juga bersedia untuk menawarkan pengalaman dan kepakaran mengenai aspek deradikalisasi pengganas.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098092

moha qrcode