telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Majlis Penutupan Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016

Putrajaya, 20 Ogos 2016
 
Pemimpin sektor awam perlu mengambil amalan-amalan terbaik daripada organisasi awam lain dan swasta bagi menggerakkan idea-idea baru yang bersesuaian dengan nilai, teknologi dan ekspektasi terkini orang awam.
 
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri berkata, kepimpinan memainkan peranan penting mencipta budaya inovasi dalam sektor awam untuk mencapai perubahan organisasi yang bermakna dan berterusan dalam penyampaian pterkhidmatan awam.
 
Komitmen untuk mewujudkan kondisi psikologi yang tepat bagi innovasi harus bermula di peringkat atasan, bermakna pemimpin perlu melihat amalan pengurusan dan peranan mereka untuk mencipta proses-proses baru dan seterusnya mengubah budaya organisasi, tegas beliau yang juga Menteri Dalam Negeri semasa berucap di Majlis Penutup Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 .
 
Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 merupakan platform terbaik untuk pertukaran idea-idea mengenai inovasi dalam sektor awam.
 
CAPAM ditubuhkan sejak 1994 di mana persidangan yang bertemakan  'Inovasi: Kepentingan Dalam Perkhidmatan Awam' merupakan kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah selepas berjaya menganjurkannya pada tahun 1998 dan 2014.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098225

moha qrcode