telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PERASMIAN RTC MELAKA

Sungai Rambai, 4 Mac 2016: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Melaka. RTC Sungai Rambai merupakan RTC kelapan yang beroperasi selepas RTC Kelantan, Perak, Pahang, Johor, Kedah, Sarawak dan Terengganu.
 
RTC merupakan satu inisiatif  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam membantu memberi kemudahan kepada rakyat khususnya rakyat luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos sara hidup, memperluaskan akses serta kemudahan perkhidmatan kerajaan di kawasan luar bandar. Tambahan pula, RTC merupakan usaha kerjasama di mana semua jabatan dan agensi-agensi bertugas dapat membantu rakyat.
 
Perasmian turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Idris Haron, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abd. Rahman.
 
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1098005

moha qrcode