telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI DERADIKALISASI DAN MEMERANGI EKTREMISME KEGANASAN

Kuala Lumpur, 25 Januari 2016: Malaysia menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi  dan Memerangi Ektremisme Keganasan (IDC 2016) bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Persidangan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) berlangsung selama dua hari pada 25-26 Januari 2016 dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
 
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri selaku hos persidangan mempengerusikan persidangan berkenaan yang dihadiri semua Menteri-Menteri ASEAN dan sembilan (9) Menteri-Menteri negara rakan strategik iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Australia, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun ,China dan Itali dalam menangani ancaman dan kegiatan ekstrimis militan.
 
Objektif utama persidangan yang julung-julung kali diadakan ini adalah ke arah meningkatkan kerjasama antara agensi keselamatan di seluruh dunia dalam program deradikalisasi. Ketua-Ketua delegasi (HOD) negara peserta turut berkongsi amalan terbaik program deradikalisasi di negara masing-masing khususnya dalam memerangai ideologi ekstrimis militan dan peranan kerajaan dalam memulihkan kembali bekas pengganas ke dalam masyarakat.
 
Perjalanan IDC 2016  dibahagikan kepada dua (2) sesi utama iaitu sesi Ministerial Statement dan sesi pleno di mana setiap HOD telah menyampaikan ucapan dasar mengenai program deradikalisasi di negara masing-masing. Manakala sesi hari kedua     tertumpu kepada pembentangan pengalaman oleh negara-negara, peserta dan juga agensi-agensi tempatan serta pihak NGO.
 
IDC 2016 melibatkan liputan berita oleh seramai 150 petugas media dari luar dan dalam negara. Ke arah memastikan IDC 2016 berjalan dengan lancar dan maklumat terperinci mengenai negara yang berkenaan dapat disebarluaskan KDN melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah mengetuai Jawatankuasa Media dan Promosi dan mewujudkan  Pusat Media di lokasi persidangan. Pewujudan Pusat Media telah mendapat pujian kerana telah  memudahkan urusan liputan berita khususnya di kalangan petugas media antarabangsa.
 
Keseluruhanya penganjuran IDC 2016, yang diurusetiakan oleh Bahagian Keselamatan dan ketenteraman awam KDN telah  menyerlahkan lagi komitmen Malaysia dalam memerangi dan menghapuskan segala bentuk ancaman seperti oleh kumpulan IS/Daesh yang berpontensi menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099678

moha qrcode