telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

4th General Police and Special Equipment Exhibitions & Conference Asia 2015

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2015 Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Pameran dan Persidangan Ke-4 Peralatan Polis 2015 (4TH GPEC ASIA 2015) pada 21 hingga 23 Oktober 2015 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Penganjuran adalah secara bersama dengan F&R Exhibition and Conference Sdn Bhd dan telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Tahun 2015, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk GPEC Asia kali ke-4 ini dan ia merupakan sebuah pameran dan persidangan industri keselamatan dalam negeri peringkat antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun secara bergilir antara Malaysia dan Jerman. KDN turut menjemput delegasi-delegasi dari luar negara terutamanya dari Negara-negara ASEAN yang terdiri daripada Menteri-Menteri yang bertanggungjawab dengan keselamatan dalam negeri, Ketua-Ketua Setiusaha, Ketua-Ketua Polis Negara dan Ketua-Ketua Pengarah agensi untuk menghadiri pameran ini. Manakala itu, agensi-agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga daripada sektor swasta untuk menyediakan booth pameran eklusif mengenai keselamatan ini.

Tujuan pameran ini adalah untuk membawa pempamer dan agensi-agensi keselamatan untuk meneroka potensi baru dalam melengkapkan aset dan perkhidmatan mereka bagi menghadapi cabaran pada masa ini. Pameran ini juga turut dapat meningkatkan peranan mereka dalam mencegah, melindung dan bertindakbalas kepada tanggungjawab menangani isu-isu keselamatan dan cabaran masa kini.

Bersempena dengan penganjuran pameran ini, turut berlangsung adalah Putrajaya International Security Dialogue 2015 iaitu forum peringkat antarabangsa yang merupakan program rasmi yang dijalankan setiap dua tahun. PISD merupakan satu platform yang berkesan untuk memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk mencari jalan yang terbaik dalam menangani isu keselamatan,ancaman dan terrorisme.

Secara keseluruhannya, GPEC Asia 2015 lebih menarik lebih ramai pempamer dari dalam dan luar negara berbanding GPEC Asia 2013. KDN turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan perolehan aset bernilai lebih daripada RM500 juta. Program yang berlangsung selama tiga hari ini didapati telah memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya dalam pemantauan perkembangan teknologi masa kini. 4TH GPEC Asia 2015 turut memperkukuhkan hubungan kerjasama antara negara-negara ASEAN yang terlibat dalam usaha membenteras keganasan serta mengekalkan tahap keselamatan negara masing-masing.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099678

moha qrcode