telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

SEKOLAH AGAMA DI PENJARA HARAP DAPAT PERLUASKAN CABANG PEMULIHAN ÔÇô AHMAD ZAHID

 

KLUANG, 28 Nov (Bernama) ÔÇö Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini berharap penubuhan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Penjara Kluang, di sini, dapat memperluaskan cabang pemulihan untuk penghuni penjara sekali gus memperlengkapkan banduan dengan aspek kerohanian.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekolah pertama yang diwujudkan di institusi penjara negara ini juga membuktikan komitmen kerajaan dalam menjana modal insan tanpa mengira tempat atau peringkat umur.

ÔÇ£Saya percaya penerapan agama perlu diberikan keutamaaan kerana pendidikan agama adalah nadi perubahan dan menjana kehidupan yang lebih baik kepada setiap insan.

ÔÇ£Penjara Kluang mempunyai seramai 2,300 orang banduan dengan 75 peratus daripadanya merupakan penghuni beragama Islam dengan kebanyakan mereka lemah pengetahuan agama,ÔÇØ katanya dalam ucapan sempena perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah, di Penjara Kluang, hari ini.

Perasmian sekolah berkenaan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Menurut Ahmad Zahid, projek perintis penubuhan sekolah berkenaan bertepatan dengan keperluan penghuni penjara dengan mengasah bakat kemahiran, pengetahuan dan kerohanian untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dibebaskan kelak.

Katanya, penubuhannya juga selaras matlamat pembangunan modal insan negara yang ingin melihat lebih ramai profesional agama dilahirkan seperti ulama-ulama terdahulu.

Katanya adalah tidak mustahil sekiranya sekolah tersebut mampu melahirkan tokoh agama dan penghafal al-Quran yang menjadi rujukan bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.

Penubuhan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 30 Ogos lepas dengan sesi pembelajaran bermula 16 Sept lepas.

Pada peringkat permulaannya, seramai 20 penghuni terlibat dalam pelajaran agama dan fardu ain manakala 20 lagi dalam hafazan al-Quran.

Sekolah tersebut diurus bersama Jabatan Agama Islam Johor (JAJ), MAIJ dan Jabatan Penjara dengan guru dan kurikulum disediakan JAJ dan MAIJ manakala kemudahan asas disediakan Jabatan Penjara.

ÔÇô BERNAMA

Kluang/28112013

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099687

moha qrcode