telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PENJARA KINI BUKAN SEKADAR TEMPAT MENGHUKUM BANDUAN

KEBERANGKATAN Tengku Puan PahangTunku Azizah AminahMaimunah Iskandariah ke Penjara Wanita Kajang (PWK), baru-baru ini memecah kesunyianbanduan-banduan yang tinggal dalam penjara berkenaan ketika menjalani hukuman bersabit kesalahan masing-masing.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Sri Zulkifli Omar berkata, keberangkatan baginda amat besar ertinya kepada warga Jabatan Penjara Malaysia (JPM) khususnya  PWK, Selangor.

Tuanku Azizah juga begitu prihatin dan tidak jemu-jemu menjenguk dan membimbing warga terbabit dalam aspek kemahiran terutamanya di Penjara Penor dan Bentong.

ÔÇ£Kami sanjungi dan merafak sembah menyembahkan ucapan setinggi-tinggi junjung kasih kerana tanpa perkenan Tuanku kami tidak mungkin berada pada kedudukan ini dalam industri Tenun Pahang Diraja,ÔÇØ katanya ketika berucap pada majlis taklimat PWK kepada baginda, ketika berangkat melawat penjara berkenaan di Kajang, baru-baru ini.

Zulkifli berkata, PWK dibuka pada 1 Mac 1984 dan ia merupakan penjara utama di Semenanjung Malaysia yang menempatkan pesalah wanita.

Pelbagai cabang kemahiran secara bersijil dibangunkan di institusi penjara ini, antaranya ialah produk berasaskan makanan, jahitan, kraf tangan, mencanting batik.

PWK juga ada keunikannya kerana ia merupakan penjara pertama di rantau Asia yang member perkhidmatan SPA dan salun kepada masyarakat umum.

Beliau berkata, melihat kepada perkembangan seni fesyen serta bagi menyahut seruan kerajaan dalam memperkasakan seni warisan negara, aktiviti perusahaan batik diperkenalkan secaraserius di JPM bermula pada tahun 2002.

Produk yang dihasilkan terdiri daripada busana lelaki dan wanita, lukisan dinding, tali leher, selendang dan lain-lain produk berasaskan batik.

Menurutnya, teknik pengeluaran batik JPM adalah berdasarkan teknik canting, ÔÇÿexperimentalÔÇÖ iaitu secara ikatan dan cop atau blok berdasarkan motif fauna, flora, organik dan geometrik.

Pengkhususan pengeluaran batik jenama MyPride JPM terbahagi kepada empat jenis teknik iaitu Batik Kasih (Batik Experimental) di Penjara Wanita Kajang, Selangor, Batik Canting di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, Batik Blok (Batik Terap atau Batik Pukul) di Penjara Marang, Terengganu dan Batik Merbok di Penjara Pokok Sena, Kedah.

ÔÇ£Sesungguhnya keberangkatan Tuanku memberi suntikan semangat seluruh pacalpacal warga kerja Jabatan Penjara Malaysia dalam menghasilkan batik yang membawa persona kepada pemakainya.

ÔÇ£Kini tangan yang pernah melakukan kesilapan ini┬á┬á┬á telah dapat menghasilkan pelbagai produk fabrik yang tinggi mutu dan keasliannya, sekali gus melahirkan harapan dalam setiap diri penghuni untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa diri mereka boleh dibina semula dan dipulihkan,ÔÇØ katanya.

Zulkifli berkata, disamping kemahiran, setiap penghuni penjara juga dipersiapkan diri mereka dengan lain-lain aspek pemulihan termasuklah kaunseling, pendidikan, kerohanian dan pemasyarakatan agar dapat kembali menjadi warga yang berguna.

ÔÇ£Perkenan serta keprihatinan Tuanku meningkatkan lagi usaha dan komitmen warga penjara dalam pelbagai program pemulihan demi faedah pembangunan semula diri penghuni penjara dan kesejahteraan negara yang dicintai ini,ÔÇØ katanya lagi.

Sementara itu Pengarah PWK, Penolong Kanan Komisioner Jamilah Abu Hasan ketika member taklimat berkata, PWK merupakan sebuah institusi penjara wanita yang terbesar di Malaysia.

Ianya terletak dalam kawasan Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor.

PWK terletak di dalam Kompleks Penjara Kajang yang terdiri daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Maktab Penjara Malaysia dan Penjara Wanita sendiri.

Ia mula beroperasi secara rasmi pada 1 Mac 1984 dengan kekuatan anggota seramai 54 orang kakitangan pelbagai pangkat dan 155 orang penghuni yang dipindahkan dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Penjara Pusat Kajang.

Menurutnya, pada 1 Januari 1993 Penjara Wanita ditadbir pengarah yang tersendiri selaras dengan Seksyen 12(2) Akta Penjara 1952.

Pada ketika ini PWK dianggotai seramai 312 orang kakitangan yang terdiri daripada 289 orang kakitangan beruniform serta 23 orang kakitangan awam.

Seramai 299 orang adalah kakitangan wanita dan cuma 13 orang kakitangan lelaki PWK dikategorikan sebagai Penjara Medium, dengan kapasiti seramai 1,500 orang penghuni.

Ia menempatkan   banduan sabitan (jatuh hukum) dan bukan sabitan (reman) dalam pelbagai kategori sehinggalah banduan hukuman mati.

Pada hari ini jumlah penghuni adalah seramai 895 orang di mana 619 orang atau 69% adalah warganegara asing.

Terdapat enam orang penghuni cilik di penjara ini yang terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan empat perempuan dan usia paling muda adalah 21 hari.

Setiap banduan yang dimasukkan ke penjara akan mengikuti program pemulihan yang bersepadu yang dikenali sebagai Program Pembangunan Insan (PPI).

Di PWK setiap banduan akan melalui Fasa 1 ÔÇô Pembentukan Disiplin, Fasa 2 ÔÇô Pengukuhan Sahsiah, Fasa 3 ÔÇôProgram Pendidikan Dan Kemahiran serta Fasa 4 ÔÇô Pra Bebas Dan Kemasyarakatan.

Terdapat beberapa bengkel di PWK bersesuaian dengan fitrah wanita dan menekankan konsep pendekatan seni sebagai pemulihan.

Bengkel batik ditubuhkan di PWK pada tahun 2000 dengan dua orang kakitangan sebagai pengajar dan empat penghuni.

Pada ketika itu cuma batik canting diperkenalkan untuk membuat hiasan dinding, pakaian harian dan baju.

Pada masa itu, pengeluaran adalah kecil-kecilan sahaja dan pada tahun 2011 batik eksperimental iaitu teknik cerutan, teknik ikatan, teknik punjutan, teknik lilitan dan teknik taburan garam mula diperkenalkan bagi mendapatkan kesan tekstura yang menarik. Batik ini dikenali sebagai Batik Kasih.

PWK juga menghasilkan produk makanan iaitu di bengkel pastri yang menghasilkan pelbagai jenis kek dan biskut untuk ditempah sepanjang masa serta tidak pada musim perayaan sahaja.

Manakala bengkel frozen (sejuk beku) menghasilkan kuih-kuih seperti cucur badak, karipap, murtabak, donat, pulut panggang dan lain-lain lagi.

ÔÇ£Seperti di penjara lain, PWK juga mempunyai bengkel jahit yang tertumpu kepada menjahit pakaian wanita dan jahit manik.

ÔÇ£Penghuni diberi kemahiran dan berpeluang juga mendapat sijil melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN),ÔÇØ katanya.

Bersesuaian dengan sifat wanita yang sukakan kepada kecantikan, bengkel SPA And Saloon juga ditubuhkan yang terbahagi kepada dua iaitu Bengkel SPA And Saloon Dalam dan Bengkel SPA And Saloon Luar.

Bengkel SPA And Saloon dalam lebih kepada latihan dan pelanggan-pelanggan adalah terdiri daripada penghuni sendiri manakala Bengkel SPA And Saloon Luar adalah terbuka kepada orang ramai yang memberi perkhidmatan gunting rambut, perawatan badan dan urutan.

Bengkel kraf tangan juga terdapat di PWK yang menghasilkan pelbagai kraf tangan seperti bakul-bakul daripada kertas, bunga  telur, bantal hiasan dan sebagainya.

Bengkel kasut baharu dibuka dan masih lagi dalam sesi pembelajaran yang memberi penekanan kepada pembuatan kasut wanita.

-tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099677

moha qrcode