telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

OPERASI BURU PATI SELEPAS PKPP, BUKTI KERAJAAN TIDAK BERKOMPROMI ÔÇô ZAHID HAMIDI



SEPANG, 21 Jan (Bernama) ÔÇö Operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang diadakan serentak di seluruh negara bermula 12 tengah malam tadi, membuktikan kerajaan tidak lagi berkompromi berhubung isu Pati.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seramai 10,000 penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen , Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Polis Diraja Malaysia menyertai operasi paling besar yang pernah dilakukan Imigresen itu.

Ahmad Zahid berkata selepas kerajaan memberi tempoh tiga bulan kepada majikan iaitu bermula 21 Okt tahun lepas hingga semalam untuk mendaftarkan pekerja mereka di bawah PKPP, kini tiba masanya KDN bertegas terhadap mereka yang enggan melakukannya.

ÔÇ£Di dalam mesyuarat pasukan Petugas khas, kita bersetuju bahawa PKPP tidak akan disambung kerana majikan telah diberikan tempoh waktu yang panjang.

ÔÇ£Kita memberi peluang kepada majikan kerana kasihan melihat mereka mendakwa ditipu oleh ejen tetapi mereka tetap melengahkan sehingga melanggar undang-undang dan kita tidak akan berkrompomi terhadap mereka,ÔÇØ katanya dalam sidang media semasa menyertai operasi Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, awal pagi Selasa.

Operasi yang melibatkan 300 penguatkuasa itu, turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Alias Ahmad.

Ahmad Zahid berkata operasi tersebut akan diadakan berterusan dan mereka yang ditangkap akan dihantar pulang dalam masa tujuh hari bagi mengelak kesesakan di pusat tahanan serta mengurangkan kos perbelanjaan.

ÔÇ£Terdapat 15 pusat tahanan imigresen di seluruh negara dan kita juga telah wartakan beberapa tempat untuk dijadikan pusat tahanan sementara,ÔÇØ katanya.

PKPP dilaksanakan bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan PATI disebabkan kes penipuan ejen/syarikat pengurus, mengurangkan jumlah PATI sedia ada, memastikan pematuhan undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

PATI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dengan kosnya ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan manakala majikan yang menggaji PATI itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen.

ÔÇô BERNAMA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099685

moha qrcode