telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

ABDUL RAHIM KSU BAHARU KKMM, MOHAMAD KHALID KSU KDN

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri  Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi bertukar kementerian, menjadi KSU baharu Kementerian Komu­nikasi dan Multimedia, mulai 1 Jan depan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak pada 4 Okt lepas.

Timbalan KSU (Pemban­gunan) Kementerian Per­tahanan Datuk Mohamad Khalid Shariff dilantik bagi menggantikan Abd Rahim, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Abd Rahim, 56, berkelu­lusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983.

Abd Rahim yang berkhid­mat sebagai KSU KDN mulai 19 Mei 2012 itu, pernah berkhidmat sebagai Tim­balan KSU (Keselamatan) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Kor­porat KDN.

Mohamad Khalid, 57, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Seja­rah dari Universiti Malaya.

Beliau menyertai perkhid­matan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981 dan berkhid­mat sebagai Timbalan KSU (Pembangunan) Kemente­rian Pertahanan mulai 18 Ogos 2008.

Mohamad Khalid juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan KSU (Dasar); Se­tiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketentera­man Awam dan Timbalan Ketua Pengarah Pasukan Relawan Malaysia) KDN

 

 

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099681

moha qrcode