telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PELANCARAN I-KAD PEKERJA ASING

Putrajaya, 9 Januari 2014 ÔÇô Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan Majlis Pelancaran i-Kad yang memiliki ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi di mana Percetakan Nasional (M) Bhd. (PNMB) merupakan syarikat yang telah dilantik untuk membekalkan kad berkenaan.Penggunaan i-kad ini telah berkuat kuasa pada 15 November 2013 dan ternyata dapat membenteras kedatangan PATI yang semakin berleluasa.

Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri (MKDN). PNMB diwakili oleh En Izham Yusoff Pengarah Urusan PNMB dan Jabatan Imigresen Malaysia diwakili oleh Yang Berbahagia Datuk Alias Bin Ahmad.

YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan I-Kad yang akan disiapkan oleh PNMB itu tidak mudah untuk ditiru atau disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Majlis ini juga merupakan kesinambungan di dalam usaha pihak PNMB untuk menjadi pusat percetakan yang komprehensif di Malaysia sambil menampilkan PNMB sebagai sebuah syarikat yang mampu untuk bersaing di dalam pasaran.┬á PNMB juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengembangkan operasi percetakan keselamatan yang akan bertumpu kepada dokumen-dokumen yang bernilai tinggi dan sulit, seperti sijil-sijil, surat beranak, paspot, kertas peperiksaaan institusi-institusi tinggi dan lain-lain.

Menurut En Izham Yusoff, Pengarah Urusan PNMB dengan adanya I ÔÇôKad tugas penguatkuasa bertambah mudah kerana dapat mengesan pemalsuan dan pemilik sebenar dan segala butiran penting dapat diakses dengan mudah secara offline dan online. I-kad yang telah dikeluarkan mengikut sektor dan kod warna ini telah dilengkapkan dengan beberapa ciri keselamatan seperti Nexcode dan contactless chip.

Sebelum ini, pihak PNMB telah diamanahkan oleh kerajaan di dalam beberapa projek berskala besar seperti percetakan kupon BRIM 1.0 & 2.0, Laporan Audit Negara, I-Pass untuk Golongan Expatriate dan juga percetakan Kertas-Kertas Undi dan Senarai Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telah berlangsung baru-baru ini. 

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) adalah salah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang menjalankan perniagaan kerja-kerja percetakan untuk kerajaan, swasta dan awam. PNMB merupakan sebuah syarikat percetakan yang terbesar di Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099672

moha qrcode