telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KDN TERBIT BULETIN SIRI KEDUA

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerbitkan Buletin KDN siri kedua yang lebih menarik kelmarin dalam usaha menarik perhatian pembacanya di samping memberi banyak maklumat kepada orang ramai mengenai kegiatan kementerian berkenaan bagi tempoh enam bulan lalu.

Siri ketiga buletin berkenaan dijangka diterbitkan Januari tahun depan yang merangkumi kegiatan kementerian sepanjang bulan Oktober hingga akhir bulan ini.

Ketua Komunikasi Korporat KDN, Azmi Abdul Malek berkata buletin keluaran terkini memaparkan sebahagian besar kegiatan yang berlaku di KDN sepanjang bulan Julai hingga September tahun ini termasuk majlis dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, timbalan-timbalan KSU, pegawai kanan dan kakitangan KDN.

Menurutnya kulit buletin setebal 80 muka surat itu direka khas mengikut rekabentuk ala majalah perniagaan korporat supaya ia kelihatan menarik untuk dimiliki dan dibaca.

ÔÇ£Setiap pemiliknya akan sentiasa berasa bangga sayang ketika memilikinya dan sesuai dibaca secara santai di mana sahaja mereka berada,ÔÇ£ katanya di sini, kelmarin.

Azmi berkata buletin dianggap berkualiti itu turut memuatkan gambar-gambar menarik yang diambil ketika pelbagai kegiatan dijalankan di KDN, jabatan dan agensinya.

Menurutnya sebahagian besar bahan tulisan dalam buletin berkenaan disumbangkan kakitangan KDN, jabatan dan agensinya sendiri sebelum diolah semula dan diterbitkan.

Beliau berkata pengeditan dan penerbitan bahan dilakukan pegawai-pegawai serta kakitangan Unit Komunikasi Korporat KDN sendiri.

ÔÇ£KSU turut memberikan nasihat dan pandangannya dalam usaha menambahbaik bulletin ini dari masa ke semasa,ÔÇ£ katanya.

Azmi berkata buletin berkenaan sedang diedarkan kepada kakitangan KDN dan orang ramai mulai semalam. 

Katanya KDN turut menghantar buletin berkenaan kepada pihak   tertentu melalui pos.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099653

moha qrcode