telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

INOVASI TERAS TRANSFORMASI 1KDN, HARI INOVASI AGENDA PENTING DAN KOMITMEN MENYEMARAKKAN BUDAYA INOVASI

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Hari Inovasi KDN 2013 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah universiti berkenaan di Serdang, baru-baru ini.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah pemenang pertandingan kumpulan inovasi mengikut kategori disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Naib Canselor UPM, Profesor Dr Mohd Fauzi Ramlan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan); Datuk Alwi Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Datuk Wahab Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perolehan), Hasanah Ab Hamid serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Wan Ali Besar.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada UPM kerana kesudian dan berbesar hati menjadi tuan rumah bagi majlis berkenaan.

ÔÇ£Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, sebagai Ketua Setiausaha KDN dan Profesor Dr Mohd Fauzi Ramlan, sebagai Naib Canselor UPM yang bersama-sama berganding bahu berkolaborasi bagi menjayakan majlis yang begitu bermakna in

ÔÇ£Majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2013 yang julung-julung kali diadakan di luar kementerian iaitu di UPM ini bertemakan ÔÇ£Inovasi Teras Transformasi 1KDN,ÔÇ£ katanya.

Tema ini katanya, membawa maksud seluruh warga KDN perlu bergerak seiring dalam menghasilkan ciptaan inovasi yang berimpak tinggi demi merealisasikan visi dan misi yang digagaskan bersama.

Menurutnya penganjuran majlis ini sekali lagi menjadi agenda penting dan komitmen KDN terhadap usaha-usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan pegawai dan kakitangan kementerian.

Selain itu, majlis ini juga merupakan platform untuk mengiktiraf dan menghargai usaha jabatan, agensi dan bahagian yang berjaya menghasilkan produkproduk inovasi yang dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan untuk rakyat dan negara.

Ahmad Zahid berkata inovasi merupakan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada organisasi.

Cetusan idea-idea berkenaan adalah meliputi pelbagai aspek dan boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Hasil dari pelaksanaan idea-idea inovasi akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan KDN dan jabatan serta agensi.

Menurutnya dalam konteks sektor awam, sesuatu inovasi seharusnya dapat member manfaat kepada rakyat atau ÔÇÿpublic valueÔÇÖ dan dapat memberi nilai tambah kepada keadaan yang sedia ada.

ÔÇ£Kita harus menyedari bahawa inovasi kini bukan hanya sekadar kunci kejayaan sesebuah organisasi, malah mampu memberi satu titik permulaan atau anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara lantas mengukuhkan kedudukan negara itu di dalam ranking daya saing global.

ÔÇ£Tumpuan utama hendaklah diberikan kepada galakan inovasi secara berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam.

ÔÇ£Pembudayaan inovasi inilah yang menjadi teras utama dalam melonjakkan transformasi kementerian di samping meningkatkan mutu perkhidmatan yang kementerian berikan kepada rakyat,ÔÇ£ katanya.

Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyatakan bahawa inovasi merupakan satu agenda penting dalam transformasi semua sektor awam.

Beliau menyatakan salah satu nilai asas bagi melengkapkan tiang utama adalah ÔÇ£Membudayakan kreativiti dan Inovasi.ÔÇØ

Melalui petikan ucapan beliau iaitu, mahu tidak mahu, penjawat awam mesti berfi kir di luar lingkungan kotak.

Najib tidak mahu budaya ÔÇ£automationÔÇØ menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam.

Beliau meminta semua rakyat berfi kiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

ÔÇ£Di sinilah bermulanya pemikiran inovasi tanpa batasan yang perlu diterapkan agar dapat mewujudkan sesuatu yang memberi nilai tambah dan manfaat kepada semua pihak.

ÔÇ£Konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI), dan Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI) yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menekankan budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti serta memupuk pemikiran yang menjurus ke arah produktiviti, kreativiti dan inovasi,ÔÇ£ kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan dalam ÔÇÿFokus Keempat iaitu Mempercekap Penyampaian Pekhidmatan Awam, warga KDN mesti menerapkanbudaya PCI manakala amalan kerja pula mestilah merangkumi konsep CTI.

Konsep CTI ini merupakan panduan dalam melaksanakan tugasan harian dan perlu disokong dengan konsep PCI supaya warga KDN tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, malah sentiasa berusaha untuk memperkasakan sistem perkhidmatan sedia ada. 

Cetusan idea-idea yang dilaksanakan dengan sempurna hasil amalan CTI dan PCI mampu melonjakkan nama Kementerian Dalam Negeri.

Beliau meletakkan inisiatif inovasi yang terpilih sebagai tanda aras untuk dicontohi oleh semua jabatan dan agensi bagi menampilkan lebih banyak idea baru yang akan mempersadakan inovasi ke arah kesejahteraan rakyat.

Betapa pentingnya inisiatifinisiatif inovasi yang dipilih di peringkat kementerian dan jabatan kerana pemilihan inisiatif yang berkualiti mempunyai potensi yang tinggi untuk dimanfaatkan dalam sistem perkhidmatan dan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Jika diimbau kembali kebiasaan selalu dipraktikkan, sesuatu organisasi melakukan inovasi hanyalah untuk organisasi masing-masing.

Kini, ketamadunan zaman melangkaui kebiasaan malah beranjak ke arah yang lebih maju yang dipanggil inovasi tanpa batasan.

Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) memupuk ÔÇ£breaking-thesilosÔÇØ bagi meningkatkan kerjasama antara agensiagensi, melancarkan program-program yang rendah dalam kos namun memberikan kesan atau impak yang tinggi, dan pelaksanaan yang cepat.

Ini termasuk mengurangkan pertindihan fungsi antara agensi-agensi kerajaan. Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Pusat Transformasi Bandar (UTC), iaitu satu pusat sehenti yang membolehkan rakyat menerima perkhidmatan yang disediakan oleh agensiagensi kerajaan, di bawah satu bumbung.

Selain itu katanya, kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah NBOS telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sekaligus pernah merangkul Pemenang Anugerah Inovasi Perdana Menteri pada tahun 2010.

Perdana Menteri dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri pad 13 November 2013 yang lalu juga menekankan aspek daya kesungguhan yang tinggi di kalangan penjawat awam kerana dengan daya kesungguhan, kita boleh menjadi bangsa yang berinovatif.

Begitu juga, usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan awam terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai titik sentuhan langsung dengan rakyat sentiasa menjadi agenda utama kerajaan.

Berkemungkinan juga kolaborasi antara kementerian dan universiti selepas ini boleh diketengahkan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan di negara kita.

Menurutnya dalam tahun ini, pelbagai projek inovasi diperkenalkan di peringkat jabatan dan agensi yang dapat memberi impak yang berkesan dan bermanfaat kepada sistem perkhidmatan kementerian.

Antara inovasi yang telah diperkenalkan ialah Penjimatan Penggunaan Bahan Api Bagi Kenderaan Pasukan oleh PDRM, Email Prisoner Letter oleh Jabatan Penjara. Projek Vokasional di Klinik C&C oleh AADK. PenguranganKes Tidak Dibenarkan Berlepas (Not To Depart)

Terhadap Penumpang Yang Tidak Memenuhi Syarat-Syarat Imigresen oleh JIM, Mempercepatkan Carian MyKad Express oleh JPN, Portable Generator yang lebih efektif oleh JPAM dan Panduan Penghantaran Maklumat Pertubuhan Secara Online oleh JPPM.

Ini merupakan contoh-contoh projek inovasi yang telah dilaksanakan hasil dari pemikiran kreatif di jabatan mahupun di agensi.

Ahmad Zahid berkata pemikiran kreatif seperti inilah yang mesti dipupuk dan diterap dari awal di dalam setiap warga KDN hingga dapat mencetuskan ideaidea yang bernas yang boleh menaikkan imej Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata memang tidak dinafi kan warga KDN mempunyai idea-idea yang bernas dan berkualiti untuk diketengahkan, namun peluang perlu dibuka kepada semua lapisan pegawai dan kakitangan supaya setiap daripada kita dapat merealisasikannya.

ÔÇ£Bercakap tentang realisasi, saya juga dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Kampus pada 28 November 2013 (Khamis) ini.

ÔÇ£Di kesempatan ini, saya menyarankan agar warga UPM membuat pemilihan secara telus yang boleh membawa kepada kesejahteraan warga UPM sendiri,ÔÇ£ katanya.

Beliau mengingatkan agar siswa UPM tidak mengikut kehendak gelora nafsu semata-mata kerana ia boleh membawa bencana.

Sebaliknya, berfikirlah secara terbuka sebelum mengundi kerana anda merupakan penentu pemimpin yang akan merealisasikan kehendak bersama.

Sementara itu pemenang Anugerah Kumpulan Inovasi KDN 2013 bagi kategori pengurusan Kumpulan Inspira Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka bertajuk Pencapaian Subjek Sains Kurang Memuaskan menduduki tempat pertama, Kumpulan Gerak Harmoni, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor bertajuk Lambat Carian Mykad Ekspres Untuk Diserah Kepada Pemilik (kedua) dan Kumpulan Mahogany Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah bertajuk Pengurusan Maklumat Kehadiran Peserta Kursus Tidak Sistematik (ketiga).

Manakala kategori teknikal dimenangi Kumpulan Target Ibu Pejabat Briged Utara PGA, Ulu Kinta, Perak bertajuk Peningkatan Penggunaan Bahan Api Bagi Kenderaan Pasukan (pertama), Kumpulan Kristal Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah bertajuk Limpahan Sisa Kumbahan Punca Berbau Busuk (kedua) dan Kumpulan Kerai Klinik Cure & Care 1Malaysia, Jerantut, Pahang bertajuk Kelemahan Projek Vokasional Di Klinik C&C 1Malaysia, Jerantut (ketiga).

Bagi kategori IKDN dimenangi Jabatan Penjara Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor bertajuk ASG3: Alat Pembakaran Gas (pertama), Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Sri Aman, Sarawak bertajuk Email- Prisoner Letter (kedua) dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, KDN bertajuk Sistem Permohonan Piroteknik (E-Pyro) ÔÇô ketiga. Jabatan Penjara Malaysia terpilih sebagai pemenang Piala Menteri Dalam Negeri 2013.

Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan tidak wajar dilakukan. Beliau berkata melalui dasar terbuka Malaysia, negara ini sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya ia melibatkan negara-negara berkenaan.

Pada prinsipnya menurut beliau, maklumat yang diklasifi kasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada negara yang berhak untuk melakukan intipan.

Sehubungan itu, mereka tidak perlu menceroboh ataucuba memantau negara kita, tegasnya pada sidang media selepas merasmikan majlis berkenaan.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu.

Berhubung dakwaan pembabitan Singapura itu, Malaysia memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk mendapatkan penjelasan.

Ahmad Zahid juga berkata KDN akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya menukarkan pegawai imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa unsure rasuah.

ÔÇ£Kami dirunding sendiri Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampaian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing,ÔÇØ katanya.

Beliau berkata pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah.

Sementara itu beliau berkata seramai 27 juta rakyat di negara ini digesa menggunakan MyKad baharu yang memiliki dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini dalam usaha mengelakkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab memalsukan kad berkenaan.

Ahmad Zahid berkata ciri keselamatan yang ada pada MyKad baharu itu di pertingkat untuk menyemak maklumat data seseorang individu itu.

ÔÇ£Justeru, sindiket kad pengenalan palsu boleh dibanteras dengan lebih berkesan dan dalam perkara ini KDN melihat cirri keselamatan kad pengenalan yang ada sekarang ini boleh dikesan dengan pengimbas dengan segera tanpa perlu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyemak maklumat data berkenaan,ÔÇ£ katanya.

Beliau berkata kad bekenaan boleh disemakmelalui pembacaan dari segi ÔÇÿbar codeÔÇÖ dan dalam tempoh sepanjang Rancangan Malaysia Ke- 10 beliau mengesyorkan seluruh penduduk negara ini memegang MyKad yang baharu ini.

Pada Januari tahun lepas, JPN mengeluarkan MyKad baharu yang diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baharu yang lebih berdaya tahan, selain mempunyai ÔÇ£ghost imageÔÇØ yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.

Ahmad Zahid juga berkata penguatkuasaan akan ditingkatkan membabitkan JPN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menangani isu pemalsuan kad pengenalan.



AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099670

moha qrcode