telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

8 November 2017: 2 pingat emas di Jerman

Kuala Lumpur: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), meraih dua pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa Idea-Inovasi-Produk Baru (iENA) 2017 di Nuremberg, Jerman yang berlangsung awal bulan ini.

 

Kemenangan julung kali itu diraih penyelidik AADK menerusi Modul Pensijilan Pengamal Psiko Pendidikan Bertauliah Dalam Bidang Rawatan dan Pemulihan Penyalahgunaan Bahan serta Terapi Psiko Pendidikan Berkelompok Untuk Rawatan dan Pemulihan Penyalahgunaan Bahan.

 

Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, pertandingan itu disertai pelbagai agensi swasta, kerajaan dan universiti dari seluruh dunia termasuk Jerman, Croatia, Korea, China, Austria, Poland dan Kanada.

 

Katanya, hampir 900 produk pelbagai kategori dipertandingkan dan kali ini AADK mengambil bahagian dalam bidang sains sosial.

 

“Dua produk itu dibangunkan melalui proses penyelidikan menggunakan reka bentuk experimental, selain akan digunakan sebagai latihan wajib kepada semua pegawai antidadah bagi meningkatkan kecekapan dalam bidang penagihan.

 

 “Selain itu, kami turut melatih 30 jurulatih utama yang terdiri daripada 20 pegawai AADK dan 10 pegawai Penjara Malaysia bagi melaksanakan latihan dalam perkhidmatan secara mengikut skala lebih besar.

 

 “Kejayaan ini secara tidak langsung mengharumkan nama AADK dan Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Image result for dua pingat emas di Jerman

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1092271

moha qrcode

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri