Fungsi Bahagian-Bahagian IPCC
Bahagian Strategik dan Korporat
- Menyediakan dan menyelaras Laporan Tahunan Suruhanjaya;
- Menyediakan, menyelaras dan memantau laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI);
- Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara hal-ehwal Parlimen;
- Menyelaras dalam penyediaan deraf Teks Penggulungan Perbahasan / soalan-soalan melibatkan Suruhanjaya dan lain-lain urusan berkaitan Parlimen;
- Menyelaras dan menyediakan ulasan / Input taklimat serta maklumbalas Mesyuarat Pasca Kabinet dan mesyuarat-mesyuarat utama Suruhanjaya dan Kementerian;
- Mengurus setia semua mesyuarat utama Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Anggota Suruhanjaya;
- Menyelaras dan mengurus setia kunjungan hormat, lawatan kerja dan mesyuarat rasmi melibatkan Anggota Suruhanjaya;
- Mengadakan dan menyelaraskan sesi libat urus;
- Mengadakan dan menyelaraskan sesi meja bulat; dan
- Mengadakan dan menyelaras pendidikan pencegahan kepada PDRM dan awam.
Bahagian Aduan dan Siasatan
- Melaksanakan penerimaan dan pendaftaran aduan;
- Membuat klasifikasi aduan mengikut jenis kesalahan;
- Melaksanakan dan menyelaras Jawatankuasa Aduan;
- Memastikan pemakluman / pemberitahuan status / tindakan aduan kepada pengadu diberikan mengikut prosedur yang ditetapkan;
- Menyediakan laporan dan statistik aduan;
- Membantu merancang dan merangka pembangunan sistem aduan;
- Menjalankan siasatan salah laku ke atas aduan yang diterima mengikut keputusan Mesyuarat Suruhanjaya;
- Menyertai dalam siasatan yang dilaksanakan oleh JIPS PDRM;
- Memaklumkan kepada JIPS PDRM siasatan telah dimulakan ke atas pegawai polis terlibat;
- Menyediakan laporan dan statistik siasatan;
- Menyediakan dapatan siasatan dan syor tindakan terhadap siasatan yang telah dijalankan;
- Memantau perkembangan kertas siasatan yang berprofil tinggi;
- Menjalankan pemantuan atau mengumpul maklumat dengan lebih terperinci;
- Memantau siasatan jenayah seksual, cedera perah dan kematian dalam tahanan; dan
- Membantu merancang dan merangka pembangunan sistem siasatan.
Bahagian Hal Ehwal Perundangan
- Menasihati Anggota Suruhanjaya dan Setiausaha / Ketua Pegawai Eksekutif berkaitan hal-hal perundangan;
- Mengesyorkan kepada Suruhanjaya tindakan yang akan diambil berpandukan undang-undang berkuat kuasa;
- Mengesyorkan dan membuat kajian keperluan pindaan Akta Suruhanjaya dan penggubalan peraturan [Akta 839];
- Membuat kajian penambahbaikan perjalanan fungsi Suruhanjaya;
- Melaksanakan penyelidikan dan kajian penanda aras berkaitan bidang kuasa, tatacara, garis panduan dan proses kerja peringkat antarabangsa;
- Mengkaji dan meneliti terhadap kertas dan dapatan kertas siasatan;
- Menyemak dan memberi nasihat perundangan, maklum balas dan ulasan terhadap draf perjanjian / memorandum persefahaman dan lain-lain dokumen berkaitan undang-undang; dan
- Menyediakan dan menyelaras Term of Reference (TOR) mengikut keperluan di Suruhanjaya.
Bahagian Khidmat Pengurusan
- Menyediakan khidmat pengurusan hal ehwal pentadbiran am, pengurusan aset dan rekod, keselamatan dan penyelenggaraan bangunan;
- Merancang, mengurus dan melaksanakan majlis utama Suruhanjaya dengan teratur dan sempurna serta berkualiti;
- Melaksanakan urusan perolehan aset dan inventori serta pentadbirannya;
- Merancang, membangun dan menyelaras urusan pembangunan organisasi yang meliputi pewujudan, pengreddan semula, pemansuhan jawatan serta penyusuan semula struktur organisasi Suruhanjaya;
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan merangkumi urusan pelantikan, penempatan, pembayaran gaji, pengesahan lantikan, kenaikan pangkat, peletakan jawatan dan pesaraan;
- Menyelaras urusan pembangunan kerjaya melalui penganjuran kursus/ latihan/ bengkel;
- Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
- Merancang, mengurus, menyelaras dan menyedia kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);
- Mengurus dan menyelaras khidmat bantuan teknikal kepada pengguna ICT serta memastikan ketersediaan infrastruktur ICT, rangkaian internet dan intranet;
- Menyelaras pembangunan dan penyelenggaraan sistem, aplikasi dan website;
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Suruhanjaya;
- Mengurus hal ehwal belanjawan mengurus, perolehan, pembayaran dan penyelengaraan akaun Suruhanjaya; dan
- Menyediakan Penyata Kewangan untuk kegunaan pengurusan atasan.
Terakhir dikemaskini pada
02 Julai 2025
