Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Malaysia.
Tel: 03-8000 8000
Pengenalan
Bahagian Perolehan (PL), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah ditubuhkan pada 18 Mac 2008 berikutan daripada percantuman semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Bahagian ini bertanggung jawab menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan Agensi/Jabatan di bawah Kementerian secara cekap, berhemah, telus dan mematuhi tatacara kewangan dan prosedur perolehan semasa yang berkuatkuasa.
Bagi memperkemaskan Bahagian Perolehan, ia telah distrukturkan kepada lima (5) unit iaitu;
Unit Dasar dan Penyelarasan
Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan
Unit Perolehan Teknikal
Unit Perolehan ICT
Unit Perolehan Am
Misi dan Visi
Menguruskan Perolehan secara Cekap, Kos Efektif dan Berhemah
Objektif
Merancang dan mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan secara cekap dan berkesan mengikut tatacara perolehan dan kewangan semasa selaras dengan dasar serta prinsip perolehan Kerajaan.