1. Mana-mana individu yang telah ditolak permohonan untuk memiliki senjata api oleh Ketua Polis Negara boleh mengemukakan rayuan kepada YB Menteri Dalam Negeri menerusi kaedah berikut:
a. Permohonan melalui Surat Permohonan Rayuan secara rasmi ke:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 10, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
b. Permohonan secara atas talian di pautan https://wems.moha.gov.my/wems/
2. Setiap rayuan perlu dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari dan tarikh surat penolakan oleh Ketua Polis Negara.
3. Bagi penolakan daripada Ketua Polis Negeri, perayu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dan tarikh surat penolakan asal.
4. Kategori-kategori utama pemilikan senjata api adalah bagi tujuan mencegah musuh tanaman, menjaga keselamatan diri dan harta benda atau bersukan.
5. Pemilikan senjata api bukan hak individu. Setiap permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan serta keperluan kes.
6. Perayu hendaklah menyertakan bukti sokongan yang terkini semasa mengemukakan rayuan kepada Kementerian.