Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Malaysia.
Tel: 03-8000 8000
Syarat Permohonan
Perayu perlu mengemukakan rayuan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
Rayuan hendaklah dalam bentuk surat rasmi dan salinan surat penolakan daripada Ketua Polis Negara perlu disertakan.
Rayuan hendaklah dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh surat penolakan Ketua Polis Negara.
Bagi penolakan daripada Ketua Polis Negeri, perayu dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan asal.
Perayu juga dinasihatkan supaya menyertakan bersama dokumen sokongan berkaitan untuk mengemaskini maklumat berkaitan rayuan.
Setelah rayuan lengkap diterima, pihak Kementerian akan mengeluarkan surat pemakluman permohonan penerimaan rayuan tersebut. Perayu akan diberi nombor fail Kementerian (seperti KDN.S.32/62 PT 17000). Nombor terakhir merupakan nombor perayu bagi tujuan semakan selanjutnya.