telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim

 
Soalan Lazim
 
1. Apakah jenis penerbitan yang memerlukan permit?
 
Terdapat 2 jenis permit penerbitan dibawah peruntukkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
 
i. Permit Penerbitan (Malaysia)
 
Seksyen 6 (1) (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang dicetak diterbitkan di Malaysia
 
( Contoh No.Permit Penerbitan: PP 15.../02/2009(02....) - Semenanjung
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPK 15.../02/2009(02....) - Sarawak
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPH 15.../02/2009(02....) - Sabah 
 
 
ii. Permit Penerbitan (Singapura)
 
Seksyen 6 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; Akhbar yang diterbit dan dicetak di Singapura untuk dibenarkan diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia
 
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPS 15.../02/2009(02....) - Singapura


2. Apakah jenis penerbitan yang dikecualikan daripada permit?
 
Terdapat 3 jenis penerbitan yang dikecualikan:
 
i.  Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
 
ii. Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun dibawah Seksyen 25(1) Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984; atau
 
iii. Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25(2) Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.
 
 
 
3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan?
 
Tempoh kelulusan bagi sesuatu permohonan bergantung pada jenis permohonan seperti berikut :
 
i. Permohonan Baru:- 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap.
 
ii. Pertukaran:- 14hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
 
 
 
4. Berapakah kadar bayaran sesuatu permit dan bagaimana kaedah pembayarannya?
 
Bayaran boleh dibuat melalui bank draf berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut :

 

Harian RM 3,000.00
5 atau 6 kali seminggu  RM 2,000.00
2 atau 3 atau 4 kali seminggu    RM 1,000.00
Mingguan RM    800.00
2 atau 3 kali sebulan RM    500.00
Bulanan RM    400.00
1 hingga 11 kali setahun RM    300.00
Surat Berita RM      50.00

 

5. Bagaimanakah sekiranya nama Pemohon / Ketua Pengarang bagi penerbitan Singapura berbeza dengan nama dalam Ministry of Information, Communications & the Arts, Singapore (MICA)?
 
Pihak penerbit Singapura perlu mengemukakan surat pengesahan bahawa nama Pemohon / Ketua pengarang adalah berbeza di butiran MICA yang masih berkuat kuasa.
 
 
6. Bagaimanakah cara untuk menghantar atau mengepos borang Permit Penerbitan?
 
Borang Permit Penerbitan boleh dihantar / dipos kepada :
Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK)
Unit Pelesenan
Aras 6, Blok D1, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.
Tel : 03-88868426,88868416
Faks : 03-8889 1682
 
 
7. Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran Permit Penerbitan Malaysia/Singapura?
 
Pembayaran boleh dibuat secara Money Order / Bank Draf di atas nama penerima KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI dan berpalang. Sila sertakan juga sampul surat berukuran 16cm x 23 cm yang beralamat sendiri serta setem (50 sen) bagi pengiriman resit dan sijil penerbitan.
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1072140

moha qrcode