telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Rayuan Permohonan Permit Masuk

i. Rayuan Permohonan Permit Masuk

Permit Masuk merupakan suatu permit yang membenarkan warga asing untuk masuk dan berada di Malaysia melepasi tempoh sah laku pas sedia ada. Permit Masuk dikeluarkan berdasarkan kepada Seksyen 10, Akta Imigresen 1959/63. Kelulusan Permit Masuk ini melayakkan pemegangnya untuk memohon taraf Pemastatutin Tetap di Malaysia. Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dikemukakan di Jabatan Imigresen Malaysia. Sekiranya pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan permohonan, petisyen rayuan daripada penama sendiri hendaklah dibuat kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat penolakan. Rayuan Permit Masuk hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

1. Kategori Suami/Isteri/Anak Kepada Warganegara Malaysia
       a. Surat Rayuan yang ditulis oleh penama sendiri
       b. Surat penolakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia
       c. 3 keping gambar pemohon (ukuran passport & latarbelakang biru)
       d. 1 keping gambar penaja (ukuran passport & latarbelakang biru)
       e. Gambar perkahwinan dan keluarga
       f. Surat jemputan kahwin (jika ada)
       g. Sijil nikah (bagi yang beragama Islam)
       h. Sijil perkahwinan (bagi yang bukan beragama Islam)
       i. Salinan paspot pemohon (sejak masuk ke Malaysia)
       j. Salinan paspot penaja (paspot yang digunakan untuk berkahwin di luar negara)
       k. Salinan kad pengenalan , sijil warganegara, sijil kelahiran bagi penaja, pemohon (jika ada) dan anak-anak
       l. Surat pengesahan dari Guru Besar/Pengetua (bagi anak-anak yang telah bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah)
      m. Salinan sijil perceraian dan salinan sijil kematian (jika berkaitan)

2. Kategori Sistem Mata/Warga Asing Sepenuhnya
      a. Surat Rayuan yang ditulis oleh penama sendiri
      b. Surat Penolakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia
      c. Salinan sijil tauliah dan surat sokongan majikan (bagi Kategori Pakar/Profesional)
      d. Surat Perakuan Kepakaran daripada agensi berkaitan (bagi Kategori Pakar/Profesional)
      e. Penyata SSM (bagi Kategori Pelabur)
      f. 3 keping gambar pemohon (ukuran passport & latarbelakang biru)
      g. 1 keping gambar penaja (ukuran passport & latarbelakang biru)
      h. Akuan pelepashakkan warganegara (jika telah melepaskan taraf kewarganegaraan)
      i. Salinan sijil akademik
      j. Resume/ Curiculum vitae (jika ada)
      k. Salinan paspot pemohon (sejak masuk ke Malaysia)
      l. Salinan paspot penaja (paspot yang digunakan untuk berkahwin di luar negara)

Golongan yang boleh dipertimbangkan rayuannya adalah seperti berikut:-


i. Individu yang mempunyai kelulusan dan kepakaran profesional yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara tanpa menjejaskan hak warganegara sedia ada;

ii. Individu yang mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri, mengesahkan kemasukannya ke negara ini memberi faedah kepada perkembangan ekonomi negara;

iii. Isteri dan anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah bagi mereka yang masuk ke negara ini bagi kategori i dan ii di atas;

iv. Isteri/suami yang sah kepada warganegara Malaysia yang telah tinggal bersama suami/isteri di negara ini secara terus menerus selama 5 tahun atau lebih, atas kemudahan imigresen jangka panjang ( pas lawatan sosial / kerja sementara / pas penggajian);

v. Anak-anak kepada warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun dan ke bawah; dan

vi. Individu yang boleh dipertimbangkan kemasukkannya atas dasar belas kasihan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri.

ii. Rayuan Permohonan Jawatan Pegawai Dagang Selepas Ditolak Kali Kedua Oleh Jabatan Imigresen Malaysia

Syarikat tempatan dan berkepentingan asing adalah dibenarkan untuk membawa masuk Pegawai Dagang untuk mengisi jawatan-jawatan yang kekurangan warganegara Malaysia terlatih untuk mengisi jawatan tersebut.

Dari segi dasar, Pegawai Dagang hanya dibenarkan bekerja di Malaysia untuk tempoh selama 10 tahun sahaja (kecuali jawatan bertaraf key post/pemegang saham). Rayuan pengecualian hendaklah dirujuk ke Bahagian Hal Ehwal Imigresen untuk pertimbangan dan kelulusan.

Bahagian Hal Ehwal Imigresen mempertimbangkan rayuan kali kedua setelah ditolak oleh Jawatankuasa Pegawai Dagang di Jabatan Imigresen Malaysia.

Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan memproses dan mengemukakan kertas perakuan berhubung permohonan rayuan jawatan Pegawai Dagang kepada pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima dan diperaku/disokong oleh agensi kawal selia yang berkaitan. Keputusan rayuan akan dimaklum kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja setelah keputusan pengurusan tertinggi diperolehi.

iii. Rayuan Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas

Pas Lawatan Ikhtisas dikeluarkan kepada warganegara asing yang berhasrat untuk memasuki negara ini dengan tujuan untuk bertugas dengan mana-mana agensi. Tempoh sah pas ini adalah pelbagai tetapi tidak melebihi 12 bulan pada bila-bila masa.
Pas Lawatan Ikhtisas ini akan dipertimbangkan bagi kategori-kategori yang berikut:

Artis
Mubaligh (Islam)
Mubaligh (Agama Lain)
Pakar / Sukarelawan

Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan memproses dan mengemukakan keputusan berhubung permohonan rayuan Pas Lawatan Ikhtisas dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

iv. Permohonan Media Asing

Syarikat media asing adalah dibenarkan untuk membawa masuk kakitangan-kakitangan asing untuk mengisi jawatan-jawatan yang diperlukan.
Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan memproses dan mengemukakan kertas pertimbangan berhubung permohonan Pegawai Dagang bagi syarikat media asing kepada pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima dan diperaku/disokong oleh agensi kawal selia yang berkaitan. Keputusan rayuan akan dimaklum kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja setelah keputusan pengurusan tertinggi diperolehi.

v. Permohonan Kelulusan KDN Bagi Pengambilan Pelajar Antarabangsa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong hasrat dan usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Akta dan Peraturan

Peraturan 13(5) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 menggariskan bahawa:

1. Sesebuah institusi pendidikan yang ingin mengambil pelajar antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

2. Manakala bagi institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Negeri masing-masing.

3. KDN akan memproses permohonan pengambilan pelajar antarabangsa berdasarkan kriteria berikut:

4.Pendaftaran Institusi Pendidikan masih sah;
    a. Telah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh agensi yang berkenaan;
    b. Kursus telah diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN);
    c. Belum pernah melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963;
    d. Didapati mampu menyediakan kemudahan dan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang baik
    e. Berdasarkan perakuan agensi kerajaan yang berkenaan; atau
    f. Lawatan secara rawak oleh KDN Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Permohonan yang lengkap diterima KDN akan diketahui keputusan dalam tempoh 14 hari tempoh bekerja. Kelulusan bagi pengambilan pelajar antarabangsa oleh Institut Pendidikan boleh ditarik pada bila-bila masa oleh KDN sekiranya Institusi Pendidikan didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan lain-lain syarat yang telah ditetapkan. Setelah mendapat kelulusan KDN untuk mengambil pelajar antarabangsa, Institusi Pendidikan boleh membuat permohonan Pas Pelajar di Jabatan Imigresen Malaysia.

vi. Permohonan Pembantu Rumah Asing Lelaki

Majikan mestilah mempunyai anak atau ibu bapa yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

Permohonan Pembantu Rumah Asing Lelaki boleh dibuat di Bahagian Hal Ehwal Imigresen bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

vii. Permohonan Pembantu Rumah Asing Perempuan Yang Bukan Dari Negara Sumber


Pembantu Rumah Asing merujuk kepada pekerja wanita yang diberi Pas Lawatan (Kerja Sementara) untuk bekerja dalam sektor domestic helper. Permohonan bagi mendapatkan Pembantu Rumah Asing boleh dibuat kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Pada masa ini hanya lapan (8) negara sumber yang dibenarkan untuk diambil sebagai Pembantu Rumah Asing iaitu :

1. Indonesia
2. Thailand
3. Kemboja
4. Filipina
5. Sri Lanka
6. India
7. Vietnam
8. Laos

Permohonan bagi mendapatkan Pembantu Rumah Asing Perempuan yang bukan dari negara sumber boleh dibuat di Bahagian Hal Ehwal Imigresen bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1071873

moha qrcode