telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Syarat Permohonan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Syarikat perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (entiti korporat), Kementerian Kewangan (kepala di dalam bidang bahan letupan) dan PDRM (peringkat IPK).

2. Semua ahli lembaga pengarah syarikat serta kakitangan termasuk pakar piroteknik perlu lulus tapisan keselamatan PDRM.

3. Syarikat perlu mempunyai insuran perlindungan liabiliti awam.

4. Syarikat perlu mempunyai tempat simpanan bahan piroteknik yang selamat dan menepati spesifikasi Kementerian.

5. Syarikat yang ingin mengimport dan menyimpan bahan piroteknik perlu mempunyai rumah penyimpanan bahan letupan. Sekira tidak, syarikat perlu mengemukakan bukti penyimpanan bahan letupan di tempat yang selamat.

6. Pembakaran bahan piroteknik adalah dilarang pada majlis-majlis berikut:-

  • Sambutan keagamaan.
  • Perkahwinan
  • Perhimpunan politik atau majlis-majlis yang memanfaatkan segelintir masyarakat berasaskan ras, agama atau politik serta majlis peribadi

7. Pembakaran bahan piroteknik tidak dibenarkan di dalam bangunan kecuali di dalam premis berikut: -

  • Stadium tertutup
  • Teater
  • Auditorium
  • Dewan di dalam hotel
  • Dewan konvensyen atau dewan pameran

8. Pembakaran bahan piroteknik tidak boleh dilakukan di atau berhampiran lokasi-lokasi berikut:-

  • sekolah
  • hospital/ pusat perubatan
  • kawasan perumahan
  • Stesen minyak
  • Lokasi simpanan bahan mudah terbakar
  • Kawasan mudah terbakar seperti hutan, semak samun dan tempat pelupusan sampah
  • Lain-lain kawasan yang berpotensi untuk berlakunya kebakaran.

9. Hanya bahan piroteknik yang selamat dan sesuai yang diperoleh dari pembekal bahan piroteknik sahaja dibenar untuk digunakan bagi pertunjukan.

10. Pertunjukan piroteknik tidak boleh dilakukan selepas jam sepuluh (10) malam kecuali bagi sambutan khusus seperti Sambutan Tahun Baru dan Sambutan Hari Kemerdekaan

11. Tempoh pertunjukan piroteknik tidak boleh melebihi sepuluh (10) minit bagi pertunjukan luar bangunan dan tidak melebihi satu (1) minit bagi pertunjukan dalam bangunan.

12. Waktu dan tempoh pertunjukan bunga api juga perlulah mengambilkira sensitiviti masyarakat setempat khususnya daripada segi faktor kemasyarakatan, budaya dan agama. Pengecualian diberi kepada majlis-majlis yang membabitkan masa khusus seperti sambutan Tahun Baru dan Hari Kebangsaan

13. Syarikat perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan tempat pembakaran bahan piroteknik serta kawasan sekitarnya selamat.

14. Syarikat perlu menyediakan peralatan mencegah kebakaran yang sesuai di lokasi.

15. Syarikat perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan lokasi-lokasi yang terbabit dengan pembakaran bahan piroteknik dibersihkan selepas pertunjukan selesai.

PERMOHONAN

 1. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam pada atau sebelum tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pertunjukan diadakan.
 2. Permohonan yang lengkap perlu mengandungi butiran berikut: -
 

  • Nama Pemohon (syarikat piroteknik)
  • Lantikan pemohon sebagai kontraktor pertunjukan dari Penganjur utama majlis
  • Tajuk majlis
  •  Tarikh pertunjukan
  • Masa dan tempoh pertunjukan
  • Senarai bahan letupan
  • Senarai nama juruletup
  • Identiti VIP (sekira ada)

3.  Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan di dalam tempoh masa yang ditetapkan kepada alamat berikut: -

Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 10, Blok D1, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA

No faks: 03-88891763/1751

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1071918

moha qrcode