telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA MESYUARAT PERINGKAT TERTINGGI (HLC) MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) BILANGAN 2 TAHUN 2016

KENYATAAN MEDIA
 
YAB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP
MENTERI DALAM NEGERI
 
PADA MESYUARAT PERINGKAT TERTINGGI (HLC)
MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)
BILANGAN 2 TAHUN 2016
PUTRAJAYA
20 DISEMBER 2016
 
 

Kerajaan amat prihatin untuk menghapuskan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Justeru itu, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan Pasukan Petugas (Task Force) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (United Nations Office on Drugs and Crime) atau UNODC pada tahun 2017.

 

2.  Pasukan petugas ini yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh agensi-agensi penguatkuasa Malaysia akan terdiri daripada wakil-wakil daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Majlis Keselamatan Negara.Pasukan ini yang akan mula beroperasi pada Januari 2017 akan beribupejabat di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

 

3.  Objektif utama penubuhan pasukan petugas khas ini adalah memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 oleh Kerajaan Malaysia, mempertingkatkan kerjasama antara agensi, mengenalpasti sasaran utama pemerdagangan orang, membangunkan pangkalan data pemerdagangan orang dan memperhebatkan kerjasama antarabangsa, terutamanya dengan organisasi antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

4.  Keputusan menubuhkan pasukan petugas ini dicapai dalam Mesyuarat Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bilangan 2 Tahun 2017 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang saya pengerusikan. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Belia dan Sukan.

 

5.  Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai peningkatan jumlah sabitan kes pemerdagangan orang bagi tahun 2016 iaitu sebanyak 97 sabitan kes yang terdiri daripada 76 sabitan kes pemerdagangan orang, 9 sabitan di bawah kes penyeludupan migran termasuk kes di Wang Kelian dan 12 sabitan kes di bawah Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan akta lain yang berkaitan.

 

6.  Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama erat dan komitmen berterusan ahli MAPO terutama melibatkan timbalan-timbalan pendakwaraya, pegawai-pegawai penguatkuasa dan pegawai-pegawai pelindung kepada mangsa pemerdagangan orang.

 

7.  Justeru, bagi memperkasakan aspek perlindungan dan kebajikan mangsa pemerdagangan orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Peraturan-Peraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan untuk Bekerja) (Warganegara Asing) 2016 telah mula dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016.

 

8.  Sehingga November 2016, 16 orang mangsa pemerdagangan orang telah diberikan kebenaran untuk bergerak bebas oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

 

9.  Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan bengkel peringkat menteri melibatkan negara-negara ASEAN bagi membincangkan penghambaan moden (modern slavery) dan konvensyen ASEAN mengenai pemerdagangan orang terutama wanita dan kanak-kanak (ACTIP).

 
Pejabat Strategik Nasional MAPO
Kementerian Dalam Negeri
20 Disember 2016
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1094310

moha qrcode