telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Cadangan Pengambilan Warganegara Asing Selain Daripada Nepal Untuk Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan di Malaysia

KENYATAAN AKHBAR / MEDIA
YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

CADANGAN PENGAMBILAN WARGANEGARA ASING SELAIN DARIPADA NEPAL
UNTUK BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN DI MALAYSIA


1.  Kenyataan media ini dikeluarkan sebagai susulan kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung cadangan untuk membenarkan warganegara asing lain seperti daripada Sri Lanka dan lain-lain negara untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.

2.  Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Nepal untuk bekerja bagi tempoh tiga (3) tahun sahaja dan boleh memohon pelanjutan tempoh bagi tahun keempat dan kelima sekiranya masih mendapat permohonan daripada syarikat kawalan keselamatan tertakluk kepada dasar perkhidmatan pekerja asing di Malaysia.

3.  KDN telah menerima beberapa cadangan daripada pihak industri perkhidmatan kawalan keselamatan untuk mengkaji semula dasar sedia ada yang hanya membenarkan warganegara Nepal untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia memandangkan mereka yang berpengalaman atau bekas tentera di negara itu semakin berkurangan.

4.  Namun demikian, semua cadangan-cadangan ini termasuklah untuk mengambil pengawal keselamatan daripada Negara sumber yang baru seperti Sri Lanka masih dikaji oleh pihak Kementerian dan belum ada sebarang keputusan dibuat. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada faktor permintaan dalam negara, keperluan guna tenaga sebenar dan yang paling penting adalah implikasi kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

5.  KDN juga sentiasa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua Kementerian dan Agensi Keselamatan yang berkaitan serta pihak industri perkhidmatan kawalan keselamatan sebelum membuat sebarang dasar dan keputusan untuk membenarkan mana-mana warganegara asing lain bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri

11 Mac 2016

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 0388868533

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 14 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1097530

moha qrcode