telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Penstrukturan dan Penyelarasan Sistem Levi Baharu Pekerja Asing

KENYATAAN MEDIA 

YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

PENSTRUKTURAN DAN PENYELARASAN SISTEM LEVI BAHARU PEKERJA ASING


 1.  YAB Perdana Menteri telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula sistem levi pekerja asing pada 28 Januari 2016 dan YAB Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat pengumuman susulan berkaitan keputusan Kerajaan untuk menetapkan kadar levi baru serta tarikh pelaksanaannya yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2016 yang lepas. 

2.  Pengumuman ini tidak disambut baik oleh kebanyakan pihak yang mewakili industri terutamanya industri yang berintensifkan buruh. Namun begitu sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin terhadap keluhan yang disuarakan oleh pihak industri, pelaksanaan  kadar levi baru tersebut telah ditangguhkan buat sementara waktu. 

3.  Kerajaan dalam tempoh ini telah  berunding dengan wakil-wakil  industri bagi mendapatkan input untuk membantu Kerajaan memutuskan kaedah pelaksanaan dan kadar levi yang bersesuaian.

4.  Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi perjumpaan dengan 28 persatuan-persatuan utama yang mewakili majikan daripada pelbagai sektor pada 16 Februari 2016. Maklumbalas yang diterima iaitu kenaikan kadar levi adalah terlalu mendadak dan berkemungkinan merencatkan momentum perniagaan di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Oleh yang demikian, Kerajaan telah mengkaji semula kadar kenaikan levi yang akan dikenakan.

5.  Setelah mengambilkira pelbagai faktor, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2016 telah bersetuju untuk mengekalkan pengklusteran levi kepada 2 kategori iaitu;

i. Kategori Pertama (1) yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. 

ii.Kategori Kedua (2) iaitu dari sektor perladangan dan pertanian.Kadar levi yang akan dikenakan ialah RM 1,850 bagi kategori 1 dan RM 640 bagi Kategori 2.  Kadar baru ini akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2016 dan meliputi Semenanjung Malaysia sahaja. 

6.  Kadar levi ini melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan. Kenaikan kadar levi yang berbeza mengikut sektor juga bersesuaian dengan kadar pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan melalui pekerjaan di dalam sektor-sektor ini. 

7.  Kadar ini juga diyakini masih kompetitif dan merupakan balasan yang setimpal kerana pekerja asing yang turut menikmati kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. 

8.  Kerajaan berpendapat bahawa ini merupakan kadar yang optimum pada masa ini bagi memastikan perkembangan ekonomi tidak terganggu dan objektif Kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada industri intensif buruh dapat dicapai. Industri juga disarankan untuk mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi. 

9.  Penangguhan pengambilan pekerja asing baharu juga akan dikekalkan bagi jangka masa yang akan ditentukan kelak. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada Program Rehiring yang telah dilaksanakan mulai 15 Februari 2016 hingga 30 Jun 2016. 

10.  Sehubungan dengan itu, Kerajaan menyeru agar majikan yang masih menggajikan PATI secara tidak sah untuk tidak menunggu di saat-saat akhir untuk mendaftar di bawah program ini. Majikan yang gagal mendaftar di bawah program ini akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.

11.  Walau bagaimanapun Kerajaan ingin menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan perlu ditawarkan kepada warga tempatan dan pengambilan pekerja asing adalah langkah terakhir bagi memenuhi keperluan guna tenaga. Kerajaan juga berharap bahawa kesemua pihak akan bersama-sama Kerajaan di dalam usaha untuk memenuhi aspirasi ke arah industri berteknologi tinggi.  

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya

18 Mac 2016

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 - 88868533

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 13 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1097150

moha qrcode