telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Kekeliruan Angka Kutipan Levi Pekerja Asing


KENYATAAN MEDIA
YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

KEKELIRUAN ANGKA KUTIPAN 
LEVI  PEKERJA ASING

23 MAC 2016 


1.  Kementerian Dalam Negeri (KDN) merujuk kepada liputan berita oleh portal berita bertajuk “Confusion as government levy figures go from RM2.2b to RM254.6m” bertarikh 22 Mac 2016.  Kementerian ingin menjelaskan bahawa tidak wujud sebarang percanggahan pada kedua-dua angka tersebut kerana ia merujuk kepada dua (2) perkara yang berbeza sepertimana butiran berikut

2. Kementerian telah menerima dua (2) soalan Parlimen dari Y.B. Puan Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja pada 17 Mac 2016 dan Y.B. Tuan Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 21 Mac 2016.

3.  Y.B. Ahli Parlimen Kota Raja dalam soalannya pada 17 Mac 2016  telah meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah sumbangan levi permit kerja dari pekerja asing dari tahun 2011 sehingga 2015.  Berdasarkan soalan tersebut, jawapan jumlah kutipan levi permit pekerja asing telah diberikan seperti Jadual 1.

 

TAHUN

JUMLAH KUTIPAN LEVI (RM)

2011

1,807,559,238.97

2012

2,618,101,763.53

2013

2,423,003,405.28

2014

2,637,594,587.09

2015

2,254,148,205.66

 

Jadual 1 : Jumlah Kutipan Levi Pekerja Dari Tahun 2011 hingga 2015

4.  Setiap pekerja asing dikenakan levi sepanjang bekerja di dalam negara ini. Levi tahun pertama (1) akan dijelaskan oleh majikan sebelum pekerja asing dibenarkan memasuki negara untuk bekerja. Levi tahun kedua (2) dan tahun-tahun seterusnya akan dikutip melalui pembaharuan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pada setiap tahun. Jumlah yang dipaparkan di dalam 

Jadual 1 merangkumi jumlah bayaran levi tahun pertama dan pembaharuan permit kerja pekerja asing. Angka ini diberikan  selaras dengan  persoalan yang telah dibangkitkan oleh Y.B. Ahli Parlimen Kota Raja.

5.  Manakala, Y.B. Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 21 Mac 2016 telah meminta agar Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah levi dan apa-apa penerimaan, oleh kerajaan bagi pengimportan pekerja migran. Y.B. Ahli Parlimen Bukit Mertajam juga meminta disenaraikan statistik dari tahun 2010 hingga 2015.

6.  Berdasarkan soalan ini, Kementerian berpandangan ianya menekankan kepada pengimportan pekerja migran sahaja iaitu kemasukan pekerja asing baharu dari luar negara. Statistik yang yang dipohon tidak merangkumi pekerja asing yang sedia ada bekerja dan berada di dalam negara. Oleh yang demikian, angka levi yang telah dikemukakan adalah bagi kutipan levi tahun pertama pekerja asing yang telah diluluskan dari tahun 2010 hingga 2015 sahaja. Hasil levi yang dikemukakan tidak merangkumi jumlah kutipan levi dari pembaharuan permit pekerja asing yang telah bekerja dan telah berada di dalam negara. Angka kutipan levi yang telah diberikan adalah seperti Jadual 2.

TAHUN

JUMLAH KUTIPAN LEVI (RM)

2010

461,371,560.00

2011

348,727,165.30

2012

799,039,255.00

2013

446,236,565.00

2014

734,212,560.00

2015

254,620,510.00

Jadual 2 : Jumlah Kutipan Levi Tahun Pertama Bagi Tahun 2010 hingga 2015

7.  Oleh yang demikian, kedua-dua angka yang diberikan adalah merujuk kepada dua (2) perkara yang berbeza mengikut persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua ahli parlimen berkenaan dan tidak timbul sebarang percanggahan di dalam kedua-dua jawapan yang telah diberikan. 

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

 

23 Mac 2016

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 - 88868533

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 14 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1097434

moha qrcode