telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Hukuman Parol Dr. Mohd Khir Toyo

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM 
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

HUKUMAN PAROL DR. MOHD KHIR TOYO

30 MAC 2016


1. Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri yang bersidang semalam, 29 Mac 2016 telah menimbang dan meluluskan permohonan parol Dr. Mohd Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor setelah menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang, Selangor.

2. Di bawah sistem ini, Dr Mohd Khir diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama 2 bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukuman beliau pada 29 Mei 2016 ini hanya sekiranya beliau tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan Lembaga Parol.

3. Di bawah sistem penjara di Negara ini, seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara Malaysia berpuas hati dengan tahap pemulihan banduan semasa menjalani hukuman di penjara.

4. Dalam konteks ini, Dr. Mohd Khir yang dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan mula menjalani hukuman penjara pada 29 September 2015 yang sepatutnya berakhir 28 September 2016. Beliau mendapat remitan 4 bulan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan menjalani hukuman penjara selama 8 bulan iaitu sehingga 29 Mei 2016.

5. Dr. Mohd Khir adalah tertakluk kepada Perintah Parol [Subsekyen 46H(3) Akta Penjara 1995 (Akta 537)] yang menggariskan 27 syarat, yang antaranya mengkehendaki beliau :

5.1. Melaporkan diri kepada Pegawai Parol Daerah Klang pada masa yang ditentukan oleh Pegawai Parol Daerah Klang;

5.2. Menetap/tinggal di alamat sebagaimana yang dinyatakan pada Perintah Parol;

5.3. Mengikuti apa-apa program bagi pemulihan sebagaimana yang diadakan atau diarahkan oleh seseorang Pegawai Parol;

5.4. Tidak boleh meninggalkan daerah parol tanpa kebenaran Pegawai Parol;

5.5. Tidak boleh meninggalkan Malaysia.

6. Sistem Parol di negara ini dilaksanakan sejak tahun 2008 bertujuan memberi peluang kepada banduan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat umum setelah menjalani hukuman. Di bawah sistem ini, banduan yang layak boleh memohon untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.

7. Pelaksanaan Perintah Parol yang pertama membabitkan seramai 64 orang banduan pada 26 Julai 2008. Sejak sistem parol dilaksanakan sehingga 14 Mac 2016, seramai 12,550 banduan telah dibenarkan menjalani parol di luar penjara.

8. Semua kesalahan yang hukuman penjaranya minimum satu tahun layak memohon untuk diparolkan kecuali kesalahan-kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat Akta Penjara 1995 (Akta 537).Antaranya ialah :

8.1. Seksyen 121 Kanun Keseksaan: Berperang atau cubaan berperang dengan SPB YDP Agong atau Raja atau TYT Tuan Yang DiPertua Negeri;

8.2. Seksyen 194Kanun Keseksaan: Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak menyebabkan seseorang disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman mati;

8.3. Seksyen 304(a)Kanun Keseksaan: Menyebabkan kematian;

8.4. Seksyen 376 Kanun Keseksaan: Merogol;

8.5. Seksyen 376B, 377B dan 377C Kanun Keseksaan : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii

9. Kenyataan ini adalah untuk menjelaskan kekeliruan berhubung hukuman parol Dr. Mohd Khir Toyo yang diluluskan pada 29 Mac 2016.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 13 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1096912

moha qrcode