telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERMOHONAN PENYEDIAAN SISTEM KEMASUKAN SECARA TALIAN PEKERJA BANGLADESH KE MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA 

mengenai

PERMOHONAN PENYEDIAAN SISTEM KEMASUKAN SECARA TALIAN PEKERJA BANGLADESH KE MALAYSIA

11 OGOS 2015 

______________________________________________________________________________________________________

Kementerian Dalam Negeri merujuk kepada kandungan sebuah artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita online yang melaporkan mengenai nota YAB Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri terhadap permohonan syarikat Realtime Networking Sdn. Bhd. 

Sehingga kini beberapa syarikat tempatan termasuk syarikat Realtime Networking Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing namun Kementerian belum membuat sebarang keputusan. 

Ingin dijelaskan bahawa nota berkenaan bersifat umum dan bukan satu bentuk arahan atau kelulusan. Ini adalah kerana semua cadangan dari syarikat-syarikat yang berkaitan sistem akan diteliti dan dipertimbangkan oleh jawatankuasa di Kementerian terlebih dahulu, mengikut prosedur sedia ada. 

Untuk makluman, Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum melantik atau memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat bagi menyediakan sistem menguruskan kemasukan secara talian pekerja Bangladesh ke Malaysia seperti yang didakwa. 

Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia dan Bangladesh akan terus berbincang bagi memastikan proses penghantaran pulang pekerja sedia ada secara tidak sah diselesaikan segera dan bekerjasama mewujudkan proses pengambilan pekerja baru secara berperingkat serta dilaksanakan dengan cara telus dan teratur, termasuk menggunakan kaedah pengurusan pekerja asing secara atas talian. 

Dalam hal ini, Kerajaan akan menimbangkan untuk melibatkan beberapa pihak yang mempunyai kepakaran berkaitan bagi membantu melancarkan operasi agensi kerajaan bagi tujuan tersebut. 

## 

Bahagian Komunikasi Korporat

Kementerian Dalam Negeri

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099736

moha qrcode