telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN RASMI MENTERI DALAM NEGERI YB DATOÔÇÖ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI KE AMERIKA SYARIKAT (26 MEI - 1 JUN 2015)

 

LAWATAN RASMI MENTERI DALAM NEGERI YB DATOÔÇÖ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI KE AMERIKA SYARIKAT (26 MEI - 1 JUN 2015)

 

PUTRAJAYA, 25 Mac 2015 - Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Evan Medeiros, Special Assistant to the President and Senior Director for Asian Affairs, National Security Council, Amerika Syarikat bersempena lawatan singkat ke Malaysia pada 24 dan 25 Mac 2015.

Menurut YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia dan Amerika Syarikat sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama yang merangkumi aspek keselamatan dan imigresen di mana kedua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Kerjasama Dalam Menangani Jenayah Rentas Sempadan pada 17 Julai 2012 dan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam aspek Imigresen pada 1 Oktober 2014.  Kedua-dua MoU tersebut menekankan kepada aspek pertukaran kemahiran, pengalaman dan bina upaya serta perbandingan amalan terbaik dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan imigresen.

Malaysia menghargai Amerika Syarikat sebagai rakan strategik dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat dan baikmemandangkan Amerika Syarikat juga adalah rakan dialog ASEAN dan turut bekerjasama dengan negara-negara serantau dalam menangani jenayah rentas sempadan. Malaysia akan menghoskan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-10 (10th AMMTC) dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau di Kuala Lumpur pada 28 September hingga 2 Oktober 2015 di mana Amerika Syarikat akan dijemput untuk turut serta sebagai salah satu rakan dialog ASEAN.  

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099729

moha qrcode