telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

ISU ROHINGYA

KENYATAAN MEDIA

YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

MENTERI DALAM NEGERI

 

ISU ROHINGYA

 

20 MEI 2015, PUTRAJAYA

 

Isu migran Rohingya adalah isu kemanusiaan yang dipandang berat oleh rakyat Malaysia, dan saya selaku Menteri Kabinet memahami kegelisahan rakyat tentang respon Kerajaan Malaysia.

Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan adalah digalakkan untuk tampil membantu dan pada masa yang sama akan dimudahcarakan oleh agensi kerajaan dalam penyaluran bantuan berkenaan.

Ini adalah krisis kemanusiaan yang menyentuh naluri dan belas kasihan serta kemanusiaan sejagat.  Ia bukan lagi hanya melibatkan  isu ummah semata-mata.

ÔÇ£Saya minta semua NGO tanpa mengira agama dan kaum untuk tampil membantu secara sukarela terhadap migran Rohingya ini. Walaupun mereka merupakan golongan migran yang cuba masuk secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen tetapi kebajikan mereka tidak wajar diabaikan.┬á Mereka ini adalah migran Rohingya yang diseludupkan di atas kerelaan mereka sendiri susulan daripada pembayaran kepada sindiket atau tekong.ÔÇØ

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysai (JIM) sedia bekerjasama dan menerima segala bentuk bantuan serta sumbangan dari mana-mana NGO dan juga orang persendirian dalam membantu migran Rohingya yang terdampar di Langkawi pada 10 Mei 2015 baru-baru ini. 

Penyaluran bantuan ke Depot Imigresen Belantik boleh disalurkan melalui Jabatan Imigresen Kedah di Alor Setar untuk tujuan penyelarasan. Justeru sebarang sumbangan dan bantuan boleh dihantar ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Tingkat 1-2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, 60550 Alor Setar, Kedah Darul Aman. 

 

Kementerian Dalam Negeri

 

20 Mei 2015

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099729

moha qrcode