telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

GERAKAN MEDIA MARAH (GERAMM)

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan bahawa berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), GERAKAN MEDIA MARAH (GERAMM) adalah sebuah  pertubuhan yang tidak berdaftar.

JPPM dengan ini menegaskan sekeras-kerasnya bahawa pertubuhan tersebut tidak didaftarkan di JPPM.  Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 6 Akta Pertubuhan 1966.

Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan seksyen tersebut boleh diambil tindakan sebagai melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih lima (5) ribu ringgit dan jika perlanggaran tersebut berlanjutan, denda tidak lebih lima (5) ratus ringgit bagi setiap hari perlanggaran tersebut.

JPPM menyeru agar semua lapisan masyarakat tidak terpengaruh atau terpedaya dengan pengaruh dengan seruan dan suara-suara dari golongan itu yang membangkitkan rasa tidak puashati terhadap sekatan dan batasan terhadap media sama ada elektronik atau cetak.

 

DATUK YAHAYA BIN MOHAMAD

TIMBALAN KETUA PENGARAH

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

_________________________________________________________

 

29 April 2015

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099732

moha qrcode