telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

ISU PENCULIKAN BAGI MENDAPATKAN ORGAN DALAMAN DI SEKITAR KUCHING

KENYATAAN MEDIA

YB DATOÔÇÖ SRI DR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI

mengenai

ISU PENCULIKAN BAGI MENDAPATKAN ORGAN DALAMAN

DI SEKITAR KUCHING

Putrajaya, 15 Oktober 2014

 

Kenyataan ini adalah bagi menjelaskan isu yang tersebar melalui media sosial kebelakangan ini bahawa kononnya berlaku penculikan di sekitar Kuching, Sarawak bagi mendapatkan organ dalaman untuk dijual. Saya ingin tegaskan bahawa ia adalah khabar angin yang tidak berasas sama sekali.

Perkara ini turut disokong oleh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak bagi mengesahkan bahawa maklumat berkaitan adalah palsu. Penyebaran maklumat palsu ini telah sebenarnya sudah lama dikesan dan saya sendiri telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya semasa persidangan Parlimen yang lalu.

Saya juga telah mengadakan perbincangan komprehensif dengan Kementerian Kesihatan mengenai pemindahan organ (organ removal) di mana difahamkan proses berkenaan adalah sangat sukar (intricate) dan berpotensi tinggi untuk organ berkenaan rosak. Proses berkenaan juga hanya boleh dilakukan oleh pakar terlatih (highly trained specialists), memerlukan persekitaran yang cukup bersih dan tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat dan tanpa prosedur yang betul dan tepat.

Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat-maklumat yang disebarkan melalui media sosial serta tidak memburukkan keadaan dengan turut sama menyebarkan maklumat palsu ini kerana dikhuatiri akan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

 

Terima kasih.

 

Kementerian Dalam Negeri

15 Oktober 2014

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1093402

moha qrcode