telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PENJELASAN MENGENAI ARTIKEL MALAYSIA NAMBAN BERKAITAN PERMOHONAN KEWARGANERAAN OLEH SPECIAL INDIAN TASK FORCE (SITF)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

KENYATAAN MEDIA

 

PENJELASAN MENGENAI ARTIKEL MALAYSIA NAMBAN

BERKAITAN PERMOHONAN KEWARGANERAAN OLEH SPECIAL INDIAN TASK FORCE (SITF)

 

      24 SEPTEMBER 2014

 

1.       Kenyataan ini merujuk kepada artikel yang telah disiarkan oleh akhbar Malaysia Nanban bertarikh 22 September 2014. Artikel tersebut antara lain memetik kenyataan YBhg Datuk Siva Subramaniam.

 

2.       Menurut artikel berkenaan, beliau berkata bahawa YB Menteri Dalam Negeri telah mengesahkan akan memberi taraf kewarganegaraan kepada semua masyarakat kaum India pemegang status penduduk tetap yang lahir sebelum Hari Kemerdekaan tanpa sebarang syarat.

 

3.       Adalah dimaklumkan bahawa kenyataan berkenaan adalah tidak tepat berbanding hasil sebenar perbincangan di antara YB Menteri Dalam Negeri dengan pihak SITF pada 3 Julai 2014 yang lalu.

 

4.       YB Menteri Dalam Negeri dalam perbincangan tersebut di antaranya memutuskan bahawa sebanyak 2500 pemohon daripada mereka yang lahir sebelum 1957 di mana permohonan mereka ditolak di atas masalah tertentu hanya akan dipertimbangkan semula dengan melonggarkan syarat tersebut tetapi masih perlu mematuhi syarat-syarat utama sepertimana diperuntukan di dalam Perkara 16, Perlembagaan Persekutuan iaitu :

 

                                  i)        Memegang taraf Pemastautin Tetap Malaysia bagi tempoh tujuh (7) tahun;

                                 ii)        Berniat untuk bermastautin tetap;

                                iii)        Berkelakuan baik; dan

                                iv)        Berpengetahuan mudah dalam Bahasa Melayu

 

5.         Sehubungan dengan itu, kenyataan media ini diharap dapat membetulkan kenyataan di dalam artikel berkenaan dan mengelakkan kekeliruan masyarakat berkaitan permohonan taraf kewarganegaraan.

 

 

 

#####

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1093151

moha qrcode