telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN KERJA YB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, MENTERI DALAM NEGERI KE AUSTRALIA

KENYATAAN MEDIA

 

LAWATAN KERJA Y.B. DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI,

MENTERI DALAM NEGERI KE AUSTRALIA 

17 HINGGA 20 FEBRUARI 2014

 

Y.B. DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah melakukan lawatan kerja ke Australia pada 17 hingga 20 Februari 2014 atas jemputan rakan sejawat beliau, T.Y.T. Scott Morrison, Menteri Imigresen dan Keselamatan Sempadan Australia.┬á

Lawatan kerja Y.B. Menteri Dalam Negeri ke Australia ini merupakan lawatan pertama beliau ke Negara tersebut sejak memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri mulai 16 Mei 2013. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, DatoÔÇÖ Aloyah binti Mamat.┬á

Semasa berada di Australia, Y.B. Menteri Dalam Negeri dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas T.Y.T. Scott Morrison, Menteri Imigresen dan Keselamatan Sempadan Australia. Kedua-dua Menteri akan turut merasmikan Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja bersama Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Malaysia ÔÇô Australia pada 19 sehingga 20 Februari 2014 di Sydney.┬á

Lawatan kerja ini dijangka akan dapat mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia yang telah sedia wujud di bidang keselamatan terutamanya dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan yang merangkumi aspek pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan keganasan. 

Kementerian Dalam Negeri

 

18 Februari 2014

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1092520

moha qrcode