telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Lawatan Kerja YAB TPM ke Projek Cadangan Pembinaan Secara Bersepadu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM: YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembangunan Kompleks ICQS Secara Bersepadu di Bukit Kayu Hitam, Kedah

 

Projek Pembangunan Kompleks ICQS Secara Bersepadu di Bukit Kayu Hitam, Kedah ini telah diluluskan oleh Kerajaan bagi menggantikan kompleks sedia ada yang tidak lagi mampu menampung pertambahan kenderaan dan pelancong yang keluar masuk di antara Malaysia dan Thailand. Pembinaan Kompleks ICQS baru ini juga bertujuan bagi melancarkan urusan perdagangan di antara Malaysia dan Thailand dalam usaha bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Logistik Bersepadu bagi Rantau Asia Tenggara.

 

Turut serta dalam lawatan ini adalah YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg Dato' Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, YBhg Dato' Sri Mustafar Ali , Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dan YBhg Dato' Mohamad bin Ismail , Ketua Pengarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 14 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1097557

moha qrcode